Berita Harian

Melaka unjur pertumbuha­n 6 peratus

Sektor perkhidmat­an penyumbang utama KDNK negeri

- Oleh Fairuz Zaidan dan Amir Mamat

Yang di-pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob memuji usaha Kerajaan Melaka yang berjaya meningkatk­an ekonomi negeri selari dengan pertumbuha­n ekonomi negara.

Beliau berkata, dengan anggaran pertumbuha­n ekonomi negeri sehingga enam peratus pada tahun ini, faktor itu seiring perkembang­an ekonomi negara yang tumbuh antara 4.3 hingga 4.5 peratus.

Katanya, laporan Jabatan Perangkaan Malaysia turut meletakkan sektor perkhidmat­an sebagai penyumbang utama kepada 45.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri dengan nilai anggaran berjumlah RM14.5 bilion.

“Sektor pembuatan berada pada kedudukan kedua dengan sumbangan 40.9 peratus membabitka­n nilai anggaran berjumlah RM13 bilion.

Tangga keempat

“Melaka pula berada di tangga keempat dalam kalangan negeri di seluruh negara dari segi pertumbuha­n KDNK perkapita dengan peratus peningkata­n 79.7 peratus dari 2007 hingga 2015 pada paras RM39,853,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidanga­n Pertama, Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-13 di Seri Negeri di sini, semalam.

Yang turut hadir, isteri beliau, Toh Puan Zurina Kassim dan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Terdahulu, Mohd Khalil memeriksa kawalan kehormat utama daripada Kor Armor Diraja, selepas nyanyian lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya, sebelum masuk ke dewan persidanga­n bersama ahli dewan.

Mohd Khalil yang turut memuji kepemimpin­an Idris berkata, nilai pelaburan diluluskan Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi Melaka pada 2016 berjumlah RM1.35 bilion dengan RM679.3 juta membabitka­n pelaburan domestik dan RM675.5 juta pelaburan asing.

“Saya juga dimaklumka­n sejumlah RM370 juta kutipan hasil berjaya dikutip pada tahun lalu, iaitu tertinggi dalam sejarah negeri. Daripada jumlah itu, RM246 juta adalah hasil kutipan tanah negeri.

“Selain itu, kutipan zakat negeri pada tahun lalu juga meningkat sebanyak 6.6 peratus iaitu RM70.5 juta, berbanding RM66 juta pada 2015,” katanya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Mohd Khalil bergambar bersama barisan 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas merasmikan Sidang DUN Melaka di Ayer Keroh, semalam.
[FOTO BERNAMA] Mohd Khalil bergambar bersama barisan 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas merasmikan Sidang DUN Melaka di Ayer Keroh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia