Berita Harian

Johor lancar aplikasi sedia maklumat khidmat bas

-

Johor Bahru: Perbadanan Pengangkut­an Awam Johor Sdn Bhd (PAJ) melancarka­n aplikasi mudah alih Transit For Johor bagi membolehka­n pengguna Bas Muafakat Johor (BMJ) mendapatka­n pelbagai informasi terkini mengenai perkhidmat­an itu.

Ketua Pegawai Eksekutif PAJ, Abdul Rahman Salleh, berkata menerusi aplikasi itu, kira-kira 14.3 juta pengguna BMJ dapat merancang perjalanan mereka dengan menyemak waktu anggaran ketibaan bas berkenaan.

Kesan lokasi BMJ

Selain itu, katanya, pengguna juga dapat melihat kedudukan lokasi serta pergerakan BMJ menerusi teknologi Sistem Pengesan Kedudukan Global (GPS).

“Menerusi aplikasi itu juga pengguna BMJ dapat mengetahui mengenai aliran trafik semasa dan perkhidmat­an berkaitan bas berkenaan.

“Pengguna juga boleh mengemukak­an sebarang maklum balas atau aduan dengan lebih mudah mengenai BMJ dalam aplikasi itu,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran itu, di sini, semalam.

Majlis perasmian itu disempurna­kan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sempena lawatan kerja beliau ke Parlimen Tebrau di Kompleks Mutiara Johor Land di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, fungsi dan ciri aplikasi itu akan ditambah baik mengikut keperluan dari semasa ke semasa dan ia juga boleh dimuat turun oleh pengguna secara percuma menerusi telefon pintar mereka.

Abdul Rahman berkata, BMJ yang dilancarka­n pada April tahun lalu akan diperluask­an ke seluruh daerah dalam tempoh terdekat ini.

Katanya, ketika ini, BMJ beroperasi di 15 laluan di empat daerah iaitu Kulai, Johor Bahru Tengah, Johor Bahru dan Pasir Gudang membabitka­n 30 bas.

“Bagi perancanga­n akan datang, perkhidmat­an bas ini akan diperluask­an ke seluruh daerah membabitka­n 46 laluan dengan kekuatan 80 BMJ,” katanya.

 ??  ?? Mohamed Khaled Nordin
Mohamed Khaled Nordin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia