Berita Harian

Kemudahan percuma pasar produk PKS atas talian

FAMA galak peniaga manfaat www.agrobazar. com.my

- Oleh Mohd Rafi Mamat

Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di daerah ini perlu memanfaatk­an sistem atas talian (online) yang dibangunka­n FAMA untuk memasarkan produk dihasilkan.

Pengerusi Majlis Pembanguna­n Pertanian Parlimen Pekan (MPPPP), Datuk Abu Bakar Harun berkata, pelbagai kemudahan disediakan secara percuma kepada peniaga yang berdaftar di bawah www.agrobazar.com.my termasuk yuran pendaftara­n Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Beliau berkata, latihan serta kursus kepada usahawan PKS turut disediakan untuk mereka berupaya memasarkan produk menggunaka­n sistem atas talian agrobazar.com.my yang kini semakin terkenal di negara ini.

Buka ruang perniagaan

“Selepas mengikuti kursus pemasaran atas talian, mereka terus didaftarka­n sekali gus sudah membuka ruang perniagaan secara meluas tanpa perlu memiliki premis dan berhadapan pelanggan.

“Setiap hari usahawan hanya perlu menyemak tempahan seterusnya melakukan penghantar­an mengikut jadual menggunaka­n kemudahan yang ada,” katanya pada majlis penutup kursus pemasaran online di Pusat Internet 1 Malaysia Chini 1, di sini, semalam.

500 usahawan FELDA Chini

Abu Bakar yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal FELDA negeri berkata, kini terdapat lebih 500 usahawan PKS di Gugusan FELDA Chini yang mengeluark­an pelbagai produk seperti madu kelulut, kuih tradisiona­l dan makanan ringan.

Beliau juga meminta usahawan PKS mendapatka­n pengiktira­fan sijil halal bagi memastikan produk dipasarkan mendapat permintaan menggalakk­an dan boleh menembusi pasaran antarabang­sa.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini itu juga akan mengubah suai sebuah bangunan lama dan menyediaka­n 20 unit mesin jahit bagi memberi latihan kepada generasi muda di gugusan FELDA Chini.

“Dua program latihan berkenaan mendapat kerjasama Kolej Komuniti Pekan yang mempunyai kepakaran dalam bidang jahitan dan masakan,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD RAFI MAMAT/BH] ?? Abu Bakar (tengah) menunjukka­n cara menggunaka­n laman web FAMA pada majlis penutup kursus pemasaran online di Pekan, semalam.
[FOTO MOHD RAFI MAMAT/BH] Abu Bakar (tengah) menunjukka­n cara menggunaka­n laman web FAMA pada majlis penutup kursus pemasaran online di Pekan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia