Berita Harian

Kanak-kanak Syria ada simptom ‘tekanan toksik’

-

Beirut: Kanak-kanak Syria dilaporkan menunjukka­n simptom ‘tekanan toksik’, selain cuba mencederak­an diri sendiri dan membunuh diri, berikutan pendedahan lama terhadap aktiviti peperangan.

Menurut laporan yang didedahkan, semalam, kanak-kanak tidak lagi berasa selamat untuk berada di sekolah.

Tambahan mereka turut dilaporkan menghadapi masalah gangguan percakapan dan masalah kencing, malah ada antara mereka yang hilang keupayaan bercakap.

Laporan Save the Children sempena ulang tahun keenam peperangan di Syria itu menyeru semua pihak supaya memberi penekanan kepada isu kesihatan mental.

Usaha itu diminta diadakan pada kadar segera sebelum kanak-kanak terbabit menghidap komplikasi berterusan sehingga mereka meningkat dewasa.

“Kita gagal membantu kanak-kanak di Syria yang dibiarkan sendirian.

“Mereka dibiarkan mengalami pengalaman yang menakutkan, khususnya melihat ibu bapa dibunuh di depan mereka sehingga meniti kehidupan di bawah tahanan tanpa sebarang bantuan,” kata penasihat kesihatan mental, Save the Children di Asia Barat, Marcia Brophy.

Hasil penyelidik­an itu diperoleh berdasarka­n perbualan dengan 450 kanak-kanak dan remaja di 14 wilayah di Syria.

Larangkema­sukanwarga­asing

Sementara itu, Parlimen Israel meluluskan undang-undang melarang kemasukan warga asing yang menyokong kempen anti-israel.

“Dalam tempoh beberapa tahun kebelakang­an ini kempen supaya memulaukan Israel semakin meningkat.

“Ia seolah-oleh satu kaedah terbaharu peperangan menentang Israel, dan kita masih belum bersedia untuk menghadapi­nya,” kata Parlimen dalam kenyataan yang disiarkan di laman web sebaik sahaja undang-undang itu diluluskan.

Menurut undang-undang baharu itu, individu atau wakil kumpulan yang menyeru kempen itu, termasuk warga Israel dan penduduk tetapnya tidak akan diberikan visa untuk masuk ke Israel.

Bagaimanap­un, tidak didedahkan tarikh penguatkua­saan polisi baharu itu, namun ia akan memberikan beberapa pengecuali­an.

Undang-undang itu diluluskan dengan 46 undi menyokong mengatasi 28 undi membantah. Israel mengutuk gerakan kumpulan seperti Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) yang membantah polisi negara itu terhadap rakyat Palestin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia