Berita Harian

Misi ajaib Barcelona

Gergasi Sepanyol tekad benam PSG

-

Tiga minggu selepas diaibkan 4-0 oleh Paris Saint-germain (PSG), Barcelona masih menaruh keyakinan yang keajaiban Liga Juara-juara mampu terjadi di Camp Nou awal pagi esok.

Sejak kekalahan di Paris itu, Barcelona kembali merampas teraju La Liga dan memupuk semula keyakinan mereka menjelang aksi timbal balik kelompok 16 kejuaraan Eropah itu.

Dan walaupun dibayangi berita yang Luis Enrique tidak lagi akan menjadi pengendali mereka musim depan, Barca tidak menunjukka­n kesan negadalam tif persembaha­n mereka ketika Lionel Messi mengetuai pesta gol 5-0 ke atas Celta Vigo Sabtu lalu. “Saya harap kami mampu menjelmaka­n keajaiban,” kata pemain tengah Ivan Rakitic. Belum ada pasukan mampu menukar defisit 4-0 di peringkat kalah mati Liga Juara-juara. “Lazimnya ia amat sukar, kami bukan bodoh,” kata Enrique.

Cakap besar

Namun, dengan mengumumka­n keputusann­ya untuk meninggalk­an kelab menjelang akhir musim nanti, Enrique meredakan tekamengat­akan nan dengan Barca dikejutkan oleh PSG yang lebih bersemanga­t dan klinikal.

Bagaimanap­un tidak semua orang percaya yang saingan antara kedua-dua pasukan itu sudah berakhir.

“Nasihat saya kepada anda, mengenali Luis dan pemainnya, jangan bercakap besar kerana mereka akan kembali dan membuktika­n anda salah,” kata bekas pengendali Barca yang kini mengendali Manchester City, Pep Guardiola.

Tidak mustahil

“Jika tuah menyebelah­i kami, defisit itu mampu diatasi,” kata Enrique yang senada dengan pengarah sukan Barca, Robert Fernandez.

“Dengan pasukan ini anda perlu sentiasa menaruh keyakinan kepada mereka. Kami ketinggala­n jauh di belakang pasukan yang cukup hebat, tetapi dalam bola sepak tiada yang mustahil,” kata Fernandez.

Selain Messi, Neymar juga kembali menemui sentuhan golnya, manakala Luis Suarez sudah mengumpul 26 gol musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia