Berita Harian

Dortmund harap bisa jentera serangan

-

Berlin: Borussia Dortmund meletak harapan tinggi terhadap jentera serangan mereka meskipun tanpa kelibat Marco Reus bagi menterbali­kkan defisit 0-1 ketika melayan kunjungan Benfica untuk aksi kedua 16 terbaik Liga Juara-juara, awal pagi esok.

Kelab dari Jerman itu sudah meledak 12 gol dalam tiga perlawanan liga dan dilihat berada di tahap prestasi terbaik ketika ini.

“Kami amat yakin, atmosfera dalam pasukan sangat hebat,” kata jurulatih Dortmund, Thomas Tuchel selepas pasukannya membenam Bayer Leverkusen 6-2 dalam kancah Bundesliga, Sabtu lalu.

“Kami fokus, kami akan mengambiln­ya langkah demi langkah dan ia adalah satu peningkata­n yang hebat buat pasukan dan juga tahap yang sangat bagus pada masa ini.”

Dortmund juga memecahkan rekod jaringan di peringkat kumpulan Liga Juara-juara dengan 21 gol namun tidak mampu meneruskan momentum berkenaan di Lisbon bulan lalu apabila melepaskan banyak peluang dan tewas 0-1.

Penjaring terbanyak Bundesliga, Pierre-emerick Aubameyang yang terlepas kebanyakan peluang terhidang dan sepakan penaltinya berjaya dinafikan, sudah pun kembali di tahap terbaiknya dengan meledak dua gol ketika menentang Leverkusen.

Tamparan hebat

“Kami sudah mencipta peluang dan peluang jaringan gol yang besar pada beberapa minggu kebelakang­an ini,” kata Tuchel.

Bagaimanap­un, pasukan kendaliann­ya itu tidak akan disertai Reus, apabila pemain tengah yang serba boleh itu mengalami kecederaan otot paha Sabtu lalu dan perlu berehat sebulan.

“Marco sangat konsisten sejak beberapa minggu lalu... dan ia satu tamparan hebat buat kami apabila dia tidak dapat beraksi Rabu ini,” kata Tuchel yang turut tidak menurunkan Mario Goetze kerana masalah metabolik sejak sebulan lalu.

Daripada sudut lain, Benfica turut seimbang tatkala mereka juga berada di tahap prestasi terbaik - memenangi ketujuh-tujuh perlawanan dalam kesemua perlawanan sebelum ini.

“Kami tak bimbang dengan pasukan lain,” kata jurulatih Benfica, Rui Vitoria. “Fokus kami adalah pasukan sendiri dan apa yang perlu dilakukan.

“Setiap perlawanan pada peringkat ini adalah seperti final buat kami. Tekanan terhadap Benfica adalah normal dan ia seharusnya begini.”

 ??  ?? Pierre-emerick Aubameyang (tengah) jadi harapan Dortmund benam Benfica, awal pagi ini.
Pierre-emerick Aubameyang (tengah) jadi harapan Dortmund benam Benfica, awal pagi ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia