Berita Harian

Tak mahu tunggu lama

-

Eden Hazard berkata dia menikmati peranan di bahagian tengah skuad Chelsea yang membolehka­nnya menjadi tonggak penting dalam perjalanan kelab London ke arah kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Bercakap selepas kemenangan 2-1 di West Ham United yang meletakkan The Blues kini selesa dengan kelebihan 10 mata di tangga teratas awal pagi semalam, pemain Belgium itu berkata sistem 3-4-3 diterapkan Antonio Conte menzahirka­n prestasi terbaiknya.

“Ia lebih mudah bagi saya untuk masuk ke dalam,” kata Hazard yang membuka jaringan selepas serangan balas pada minit ke-25.

“Kadang kala apabila saya bermain di bahagian sayap, saya keseoranga­n. Dalam sistem ini kami tahu apa yang perlu dilakukan, kami berbalas hantaran antara satu sama lain pada setiap masa.”

Pecah rekod

Ditanya oleh legenda Chelsea, Frank Lampard sama ada mereka mampu memecahkan rekod 95 mata Liga Perdana yang menjelmaka­n kejuaraan buat Chelsea ketika di bawah kendalian Jose Mourinho pada musim 2004/5, Hazard berkata mereka tidak meletakkan sasaran lain selain memenangi kejuaraan keenam The Blues dalam saingan liga tertinggi Inggeris itu.

“Kami di tangga teratas dan kami mahu kekal di sana. Kami masih mempunyai 11 perlawanan berbaki, dan kami akan cuba memenangi kejuaraan secepat mungkin,” katanya.

Jika Chelsea memenangi kesemua baki perlawanan mereka, mereka akan mengumpul 99 mata, tetapi hanya memerlukan 26 mata lagi untuk mengesahka­n kejuaraan.

Conte juga tidak mahu terbawa-bawa dengan kejayaan setakat ini dan menggambar­kan kemenangan awal pagi semalam sebagai satu lagi langkah mantap untuk mencapai matlamat utama.

“Saya rasa kami bermain dengan baik. Pemain saya menunjukka­n komitmen, tumpuan dan keazaman untuk menang,” katanya.

 ??  ?? Hazard (kanan) ledak gol pertama Chelsea, gagal dihalang penjaga gol West Ham, Darren Randolph di Stadium London, semalam.
Hazard (kanan) ledak gol pertama Chelsea, gagal dihalang penjaga gol West Ham, Darren Randolph di Stadium London, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia