Berita Harian

Kecuaian penjaga gol hampakan Sevilla

Gagal hambat Barca, Real apabila sekadar seri 1-1 di Alaves

-

Penjaga gol Sevilla, Sergio Rico melakukan kesilapan dan kemudian menebusnya dengan dua kali menyelamat­kan percubaan pada akhir permainan yang menyaksika­n mereka diikat 1-1 di Alaves, awal pagi semalam.

Keputusan itu sekali gus menjejaska­n misi mereka memburu kejuaraan La Liga di mana Sevilla kini ketinggala­n empat mata di belakang pendahulu, Barcelona selepas 26 perlawanan dan tiga di belakang Madrid yang berada di tangga kedua.

Sevilla kendalian Jorge Sampaoli membuka jaringan menerusi Wissam Ben Yedder pada minit ke-23 tetapi Aleksander Katai menyamakan kedudukan ketika permainan berbaki 15 minit, hasil kecuaian Rico menangkap bola hantaran Oscar Romero.

Alaves hampir mencuri tiga mata menerusi sepakan percuma Katai dan percubaan Deyverson, tetapi Rico menafikan kedua-dua peluang keemasan berkenaan.

Tahap kecergasan

“Ia adalah gerakan yang kurang bernasib baik buat kami,” kata Rico berkenaan kecuaianny­a. “Kami akan terus berusaha, terus berjuang dan tidak akan berputus asa sehingga tamat saingan La Liga.

“Apa saja mata yang kami kutip di tempat lawan adalah cukup bermakna. Kami tidak akan berhenti berjuang hingga ke akhir.”

Sampaoli menafikan pasukannya bergelut daripada segi fizikal walaupun Alaves tampak lebih cergas pada babak kedua dan mula mengawal permainan.

“(Sevilla) berada pada tahap kecergasan yang sama seperti semua pasukan yang mengharung­i dua kejohanan,” kata pengendali kelahiran Argentina itu yang pasukannya mempunyai kelebihan 2-1 ke atas Leicester City menjelang aksi timbal balik kelompok 16 Liga Juara-juara pada 14 Mac ini. KEDUDUKAN

 ?? [ FOTO EPA ] ?? Pertahanan Sevilla, Nico Pareja (belakang) mengasak penyerang Alaves, Deyverson pada aksi La Liga, awal pagi semalam.
[ FOTO EPA ] Pertahanan Sevilla, Nico Pareja (belakang) mengasak penyerang Alaves, Deyverson pada aksi La Liga, awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia