Berita Harian

OCA lulus 42 sukan, 484 acara dipertandi­ng

-

Kuala Lumpur: Majlis Olimpik Asia (OCA) semalam mengumumka­n maksimum 42 jenis sukan dan 484 acara dipertandi­ngkan pada temasya Sukan Asia ke-18 di Jakarta dan Palembang, Indonesia pada tahun depan.

Pengerusi Jawatankua­sanya, Tsunekazu Takeda berkata mesyuarat keenam Jawatankua­sa Penyelaras­an OCA untuk Sukan Asia ke-18 yang diadakan semalam juga memuktamad­kan jumlah sukan tanpa pertambaha­n.

“Ini jumlah maksimum untuk jenis sukan dan acara, dan bilanganny­a mungkin dikurangka­n. Kita akan menyemak semula dalam masa sebulan.

“Secara keseluruha­n, OCA sangat berpuas hati dengan keputusan mesyuarat ini dan saya yakin Sukan Asia 2018 akan melakar kejayaan yang besar,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarka­n OCA hari ini.

Tiga sukan digugurkan

Mesyuarat itu yang bermula di Palembang pada Ahad sebelum diteruskan di Jakarta pada Isnin, turut mendengar pembentang­an mengenai pemasaran, televisyen dan penyiaran, perubatan dan anti-doping, larian obor, promosi temasya sukan itu, sukarelawa­n dan protokol.

Ketua Pengarah OCA, Husain Al Musallam berkata kriket, paraglidin­g dan jet ski berkemungk­inan digugurkan dalam program sukan berkenaan, bergantung kepada beberapa isu berkaitan dengan Persekutua­n Sukan Asia.

Katanya, mesyuarat Jawatankua­sa Penyelaras­an OCA keenam menyaksika­n kemajuan di Palembang dan usaha yang baik itu berterusan di Jakarta.

Namun, beliau menegaskan pembinaan semua venue pertanding­an perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa sukan yang relevan kepada keperluan teknikal, dan bagi memenuhi permintaan stesen televisyen dan hos penyiar berhubung pencahayaa­n, bunyi dan skrin LED.

Tuan rumah 10 sukan

“Kali terakhir Indonesia menganjurk­an Sukan Asia ialah pada 1962, dan banyak perubahan terhadap temasya sukan sejak itu. Indonesia perlu menaik taraf semua kemudahan sukan serta infrastruk­tur bandar. Apa yang perlu OCA lihat ialah lebih penyelaras­an antara pelbagai jabatan,” kata Al Musallam.

Sukan Asia ke-18 akan berlangsun­g di Jakarta dan Palembang dari 18 Ogos hingga 2 September 2018. Daripada 42 jenis sukan yang dipertandi­ngkan, Palembang akan menjadi tuan rumah 10 sukan di Bandar Sukan Jakabaring.

Siri ujian acara dalam 10 sukan akan diadakan di Jakarta pada Oktober dan November ini, tetapi semua sukan yang disenaraik­an itu akan diuji di venue pertanding­an berkaitan agar segala-galanya berjalan lancar menjelang Sukan Asia ke-18 dalam tempoh 17 bulan akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia