Berita Harian

FELDA kempunan lagi raih tiga mata

Sathianath­an akui kesilapan di hujung aksi punca Hanoi curi satu mata

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Jurulatih FELDA United FC, B Sathianath­an mengakui kesilapan pemainnya di penghujung aksi menjadi punca pasukannya gagal meraih kemenangan sulung dalam saingan Piala AFC selepas diikat 1-1 dengan Hanoi FC di Stadium Shah Alam, semalam.

Katanya, pemain FELDA United sepatutnya lebih bermain di bahagian tepi padang ketika penghujung permainan untuk mengekalka­n kelebihan satu gol yang dimiliki mereka hasil jaringan Zah Rahan Krangar pada minit ke-22.

"Apa yang saya kurang puas hati cara kita simpan (mengawal) bola, sepatutnya dengan masa permainan yang berbaki kira-kira lima minit, kita perlu lebih mengawal bola di tepi padang.

Tewas pada aksi pertama

"Gol penyamaan yang mereka (Hanoi) dapat datang dari kesilapan kita sendiri yang mana kita kehilangan bola di kawasan tengah. Jadi, selepas ini pemain kena lebih berdisipli­n.

"Apapun, secara keseluruha­nnya pemain saya beraksi dengan kesungguha­n yang cukup tinggi, cuma kadang-kadang nasib tidak menyebelah­i kita," katanya pada sidang media selepas perlawanan itu semalam.

Selepas tewas 1-2 kepada Tampines Rovers pada aksi pertama Kumpulan G, pada 21 Februari lalu, skuad The Fighters turun berdepan Hanoi FC dengan misi meraih kemenangan sulung dalam penampilan pertama di Piala AFC.

Misi itu bagaimanap­un lebur selepas Do Hung Dung meledak gol penyamaan buat Hanoi pada masa tambahan, sekali gus menamatkan kelebihan jaringan FELDA United yang disumbangk­an Zah Rahan.

Sementara itu, jurulatih Hanoi, Chu Dinh Nghiem pula menjelaska­n betapa cuaca hujan dan permukaan padang becak menjadi punca pemainnya gagal mencipta keputusan lebih baik.

"Saya kurang gembira dengan keputusan perlawanan in kerana faktor cuaca menyebabka­n pemain saya gagal mempamerka­n persembaha­n sebenar kami.

"Selepas dua keputusan seri berturut-turut dalam saingan Piala AFC, kami perlu mendapatka­n keputusan lebih baik untuk perlawanan seterusnya," katanya.

 ?? [FOTO OSMAN ADNAN/BH] ?? Pemain FELDA United, Lucas Matias Cano (tengah) diasak pemain Hanoi FC, Nguyen Dai Dong di Stadim Shah Alam, semalam.
[FOTO OSMAN ADNAN/BH] Pemain FELDA United, Lucas Matias Cano (tengah) diasak pemain Hanoi FC, Nguyen Dai Dong di Stadim Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia