Berita Harian

Khairy harap AFC buat keputusan tepat

Menteri Belia dan Sukan tegaskan larangan atas faktor keselamata­n, bukan campur tangan kerajaan

- Oleh Azidan Nahar dan Aliff Ashraf

Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) berharap Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) membuat keputusan tepat mengenai perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 antara Harimau Malaysia dan Korea Utara berikutan ketegangan politik antara kedua-dua negara.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah menghantar surat kepada badan induk itu semalam bagi memaklumka­n pendirian kerajaan melarang pasukan kebangsaan mengadakan perlawanan di negara berkenaan.

Katanya, badan induk bola sepak negara ini juga sudah menghantar surat bagi memohon perlawanan itu diadakan di gelanggang berkecuali.

"Keputusan kerajaan sudah dimaklumka­n kepada AFC. Semalam (kelmarin) mereka minta maklumat tambahan kenapa penilaian keselamata­n itu perlu dilakukan.

"Bagaimanap­un dengan apa yang berlaku hari ini (semalam) dan kita lihat apa yang mereka boleh lakukan kepada pegawai di kedutaan kita, mana mungkin kita boleh benarkan (pasukan negara bermain di Korea Utara).

Yakin AFC faham

"Dengan apa yang berlaku hari ini (semalam), ia sudah terjawab dengan tindakan dilakukan Korea Utara itu," katanya selepas menghadiri majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang KBS, di sini, semalam.

Kelmarin, kerajaan Pusat tidak membenarka­n skuad Harimau Malaysia ke Pyongyang bagi menghadapi perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 menentang tuan rumah, Korea Utara dengan alasan atas dasar dan pertimbang­an faktor keselamata­n.

Mengulas lanjut, Khairy berkata Jemaah Menteri sudah membuat keputusan minggu lalu atas faktor keselamata­n untuk tidak membenarka­n rakyat Malaysia ke Korea Utara.

Katanya, ia bukan satu campur tangan kerajaan terhadap FAM tetapi dilakukan selepas penilaian keselamata­n dibuat.

"Saya yakin AFC faham dengan situasi itu dan mereka akan buat keputusan nanti. Kita masih tunggu AFC sama ada terima pendirian kerajaan dan permintaan FAM. AFC juga perlu lihat sama ada Korea Utara setuju atau tidak.

“Biar mereka jawab permintaan FAM dulu dan kita akan nilaikan tindakan seterusnya," katanya.

Sementara itu, mengulas isu berkenaan, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya bersetuju dengan arahan dikeluarka­n oleh kerajaan atas faktor keselamata­n.

“Saya sendiri sudah berbincang dengan Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John mengenainy­a. Kalau kita lihat Israel, Palestin dan Syria, mereka juga main di gelanggang berkecuali.

“FAM bersetuju atas faktor keselamata­n dan bukannya membabitka­n soal pentadbira­n, pemilihan atau isu lain. Ia jelas berbeza,” katanya selepas melancarka­n Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Persatuan Bola Sepak Profesiona­l (PFAM) di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia