Berita Harian

UITM sekat NS raih kemenangan ke-8

- Oleh Syafiq Aznan

Shah Alam: Pendahulu Liga Perdana, Negeri Sembilan menyifatka­n kegagalan mereka meraih mata penuh ke atas UITM FC pada aksi di Stadium UITM Shah Alam di sini, semalam sebagai amaran supaya mereka tidak lagi mudah selesa selepas ini.

Pengendali­nya, Mohd Asri Ninggal berkata, keputusan terbabit sedikit sebanyak memberi peringatan untuk anak buahnya lebih berhati-hati dan tidak memandang rendah keupayaan lawan walaupun mereka kini memegang status pendahulu Liga Perdana.

“Anak buah saya perlu beringat kerana setiap aksi dalam Liga Perdana tidak mudah kerana semua pasukan memiliki kelebihan tersendiri.

Ledak gol penyamaan

“Momentum tujuh kemenangan ini sudah bagus tetapi kali ini kami tidak bernasib baik untuk meneruskan­nya.

“Apapun, saya mengharapk­an mereka dapat meneruskan rentak sebegini pada baki saingan musim ini,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan di sini, semalam.

Pada aksi semalam, pemain import UITM FC, Do Donghyun meledak gol penyamaan pada minit ke-67 untuk memadam gol pendahulua­n yang dijaringka­n Bruno Suzuki pada aksi yang ditangguhk­an sebelum ini sekali gus menamatkan rentetan kemenangan tujuh perlawanan yang diraih skuad Hobin Jang Hobin.

Sementara itu, pengendali ‘The Lion Troops’, Wan Mustaffa Wan Ismail berkata taktikal yang diterapkan pada separuh masa kedua nyata berhasil sehingga dapat memerangka­p Negeri Sembilan daripada menjadikan mereka ‘mangsa’.

“Pendekatan untuk bermain di belakang pertahanan mereka dan permukaan padang yang basah menyebabka­n mereka bergelut, jadi anak buah saya mengambil kesempatan untuk mengasak bagi memburu sekurangku­rangnya gol penyamaan.

“Kita juga mencipta lebih banyak peluang berbanding Negeri Sembilan dan jika kita bernasib baik, tiga mata mampu menjadi milik kita,” katanya.

 ?? [ FOTO OWEE AH CHUN / BH ] ?? Pemain Negeri Sembilan, Bruno Suzuki (kanan) diasak pemain Selangor UITM FC, Faiz Mohd Bandong pada aksi Liga Perdana di Stadium UITM Shah Alam, petang semalam.
[ FOTO OWEE AH CHUN / BH ] Pemain Negeri Sembilan, Bruno Suzuki (kanan) diasak pemain Selangor UITM FC, Faiz Mohd Bandong pada aksi Liga Perdana di Stadium UITM Shah Alam, petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia