Berita Harian

Tingkat prestasi atau disingkir

Amaran pengurusan MU buat beberapa pemain susulan kekalahan 4-0 kepada Kedah, baru-baru ini

- Oleh Nazri Abu Bakar

Beberapa pemain Melaka United (MU) diberi amaran supaya meningkatk­an prestasi masingmasi­ng atau disingkirk­an daripada skuad itu, kata Pengurus MU, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.

Beliau berkata, amaran itu dibuat susulan teguran Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Seri Ir Idris Haron yang kecewa dengan kekalahan besar skuad terbabit kepada Kedah pada saingan Liga Super, baru-baru ini.

“Pengurusan mengambil tindakan segera selepas Idris membuat teguran antaranya mengadakan pertemuan dari hati ke hati dengan jurulatih dan pemain.

“Bedah siasat turut dilakukan bagi mengenal pasti punca prestasi pasukan tidak konsisten selepas dua kemenangan sebelum ini ketika bertemu Sarawak dan Kelantan.

“Tindakan paling serius diambil pengurusan adalah memberi amaran keras kepada beberapa pemain supaya meningkatk­an prestasi masing-masing atau berdepan tindakan disingkirk­an daripada skuad itu,” katanya semalam.

Idris kecewa

BH Sukan semalam melaporkan Idris mengakui kecewa dengan reputasi MU ketika ini dan mahu pengurusan pasukan itu segera melakukan sesuatu bagi meningkatk­an kembali skuad Hang Tuah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan perlawanan terbaharu MU yang menyaksika­n mereka dibelasah 4-0 oleh Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, barubaru ini.

Idris berkata perbelanja­an besar yang dikeluarka­n oleh MU sebelum ini perlu selari dengan prestasi penyertaan­nya dalam memastikan skuad Hang Tuah mampu bersaing dan andai tewas sekali pun adalah dengan kekalahan bermaruah.

Mohd Yusoff berkata beliau meminta ketua jurulatih, Eric Williams membaiki kelemahan pada semua posisi permainan terutama barisan pertahanan, tengah dan serangan.

“Memang kekalahan besar itu satu kejutan, namun kita sepatutnya maklum MU baharu sahaja bersaing di pentas Liga Super dan perlu diberi ruang untuk meningkat.

“Kita akan terus membaiki kelemahan yang dikenal pasti dan saya percaya kita mampu bersaing pada perlawanan selepas ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia