Berita Harian

Ghaddar, Baddrol pilihan utama Pemain Terbaik

-

Kuala Lumpur: Penyerang import Kelantan, Mohamad Ghaddar dan pemain tengah Kedah, Baddrol Bakhtiar antara pemain pilihan utama untuk dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Bulanan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesiona­l (Pfam)asian.my bagi bulan Februari.

Ghaddar yang kembali menyarung jersi Kelantan musim ini muncul pendahulu senarai penjaring terbanyak Liga Super apabila merekodkan sembilan gol manakala Baddrol yang menjaringk­an empat gol untuk meletakkan dia sebagai pemain tempatan paling menyerlah.

Selain Ghaddar dan Baddrol, tiga lagi pemain iaitu Mark Hartmann (Sarawak) serta Matheus Alves dan Mohamadou Sumareh dari Pahang turut dicalonkan bagi merebut anugerah bagi saingan Liga Super.

Bagi saingan Liga Perdana, lima pemain disenaraik­an iaitu Dao Bakary yang mewakili PDRM, Lutfulla Turaev (Terengganu), Dimitri Bodric (MIFA), Bruno Suzuki (Negeri Sembilan) dan Shahrel Fikri (PKNP FC).

Presiden PFAM, Hairuddin Omar berkata pihaknya sedar betapa pemain adalah aset yang bernilai sekali gus membuatkan persatuan itu mengambil inisiatif untuk meneruskan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Pfamasiana.my bagi musim ketiga.

Anugerah berprestij

“Terima kasih diucapkan kepada 139 Associates, MVP Sports Agency, Kobert, Ideasia dan Adeqsue kerana memberikan komitmen untuk memastikan anugerah berprestij ini terus hidup dalam arena bola sepak di Malaysia,” katanya selepas majlis pelancaran Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Pfam-asiana. my yang disempurna­kan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin di sini, semalam.

Pemenang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM Liga Super 2017 akan menerima trofi sumbangan Ideasia, wang tunai berjumlah RM1,500, baucar RM500 sumbangan Kobert dan juga gambar sumbangan asiana. my

Bagi Pemenang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM Liga Perdana 2017 pula akan menerima trofi sumbangan Ideasia, wang tunai berjumlah RM500, baucar RM500 sumbangan Kobert dan gambar sumbangan asiana.my.

Penilaian dibuat oleh Jawatankua­sa Pencalonan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM - asiana.my yang terdiri daripada pengamal media sukan yang berpengala­man.

Undian akan dibuat melalui laman web rasmi PFAM iaitu www.pfam.my dan juga di www. asiana.my.

 ??  ?? Mohamad Ghaddar
Mohamad Ghaddar
 ??  ?? Baddrol Bakhtiar
Baddrol Bakhtiar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia