Berita Harian

Penyokong Selangor didakwa merusuh

Mereka membabitka­n seramai 12 individu termasuk tiga remaja bawah umur

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah farahmarsh­itatbh.com.my

Seramai 12 individu termasuk tiga remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan merusuh selepas perlawanan bola sepak Liga Super antara Selangor dan Perak, minggu lalu.

Mereka yang didakwa adalah Syed Imran Syed Mohd Kamarudin, 23; Muhammad Khairy Mohd Kamarulzam­an, 18; Adam Kamarudin, 19; Amrail Danial Alias, 20; Noor Amyfarredz­uan Zainal Abidin, 32.

Azwan Yaacob, 25; Mohamad Mirwanyuza­ir Yazri, 26 dan Muhammad Hazman Mohammad, 26, termasuk tiga remaja lelaki berusia antara 15 dan 17 tahun.

Semua tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

Sementara itu, seorang lagi tertuduh, Muhammad Fadzil Fauzi, 21, mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadap pertuduhan­nya dibacakan jurubahasa, namun mahkamah menangguhk­an hukuman sementara menunggu laporan sosial.

Penjara maksimum 2 tahun

Berdasarka­n kertas pertuduhan, semua tertuduh didakwa menjadi ahli perhimpuna­n yang menyalahi undang-undang untuk merusuh di Jalan 2/2, Bandar Baru Selayang, di hadapan Stadium Selayang di sini, pada jam 11.25 malam, pada 4 Mac lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Diikat jamin

Mahkamah membenarka­n tiga remaja bawah umur diikat jamin, masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin, manakala semua tertuduh lain dibenarkan ikat jamin RM2,800 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan 19 April ini untuk sebutan semula kes dan keputusan laporan sosial.

Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Azhwa Yusrie Mohamad manakala peguam Jason Singh, mewakili Syed Imran, Mohamad Mirwanyuza­ir dan Muhammad Hazman, manakala peguam Azi Azlin bertindak bagi pihak Muhammad Fadzil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia