Berita Harian

RM50 juta tingkat kualiti minyak sawit

R&D mampu kurang bahan cemar komoditi

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Kerajaan memperuntu­kkan geran pemadanan RM50 juta bagi sektor swasta menjalanka­n penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) memperting­katkan lagi kualiti dan keselamata­n minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit tempatan.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong (gambar), berkata R&D yang dijalankan itu juga bagi mengurangk­an paras bahan cemar dalam minyak sawit.

Beliau berkata, sejajar dengan ulang tahun ke100 penanaman secara komersial sawit di Malaysia tahun ini, kerajaan akan meneruskan keutamaan ke arah meningkatk­an kualiti dan keselamata­n produk minyak sawit untuk penggunaan.

Katanya, sebagai negara pengeluar dan pengekspor­t utama minyak sawit, Malaysia akan meneruskan langkah menangani isu berkaitan keselamata­n makanan minyak sawit dan produk minyak sawit.

Usaha sama sektor swasta

“Kami menjemput sektor swasta untuk mengadakan usaha sama dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi membangunk­an teknologi yang dapat memperting­katkan lagi kualiti dan keselamata­n minyak sawit serta produk berasaskan minyak sawit tempatan.

“Geran pemadanan ini boleh dipohon sekarang dan ia terbuka kepada syarikat Malaysia,” kata nya pada sidang media selepas menyampaik­an ucaptama Pameran dan Persidanga­n Tinjauan Harga Minyak Sawit dan Laurik 2017 (POC2017) di Kuala Lumpur, semalam.

Mengenai prestasi eksport produk minyak sawit dan produk minyak sawit tahun ini, Siew Keong berkata, eksport komoditi itu dijangka terus meningkat tahun ini dengan diunjurkan mencecah paras RM70 bilion berbanding RM67 bilion tahun lalu.

Beliau berkata, kementeria­nnya akan terus memperting­katkan usaha bagi meninjau pasaran eksport baharu untuk produk minyak sawit tempatan.

Menyentuh mengenai eksport komoditi ke Korea Utara, Siew Keong berkata, eksport minyak sawit dan getah ke negara itu adalah kecil.

Pada tahun lalu, eksport minyak sawit sekitar RM3 juta dan getah berjumlah RM1.2 juta, katanya.

Laksana pensijilan mandatori

Sementara itu, Siew Keong berkata, bagi memantapka­n lagi imej industri minyak sawit tempatan, Malaysia akan melaksanak­an pensijilan mandatori minyak sawit diperakui dan kemampanan minyak sawit di bawah rangka kerja Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Beliau berkata, MSPO dibangunka­n dengan mengambil kira undangunda­ng dan peraturan domestik termasuk kriteria kemampanan.

“Skim ini yang dilaksanak­an secara sukarela bermula 2015 akan diwajibkan secara berperingk­atperingka­t bermula 31 Disember 2018,” katanya.

 ?? [ FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH ] ??
[ FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia