Berita Harian

MODAL CHINA

33 projek pelaburan RM4.8B tahun lalu

- Oleh Nazura Ngah, Mohd Nasaruddin Parzi dan Faris Fuad bhnews@bh.com.my

Jumlah pelaburan yang diluluskan dari China bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lalu dalam sektor pembuatan adalah sebanyak RM4.8 bilion, kata Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong.

Tee Yong berkata, pelaburan itu membabitka­n 33 projek dan dijangka menjana 10,147 peluang pekerjaan.

Katanya, pelaburan yang diluluskan dari China itu adalah pelaburan langsung asing yang terbesar bagi tempoh ini.

“Daripada jumlah pelaburan ini, sektor industri barangan elektronik dan elektrikal mencatatka­n pelaburan langsung asing tertinggi dari China iaitu sejumlah RM1.8 bilion, diikuti industri barangan galian bukan logam (RM1.4 bilion) dan industri barangan logam asas (RM1.3 bilion),” katanya menjawab soalan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pkr-permatang Pauh) semalam.

Statistik terkini

Dr Wan Azizah meminta Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri menyatakan statistik terkini jumlah pelaburan syarikat dari China serta milikan ekuti dan tanah dalam projek seperti Forest City Iskandar Johor, Melaka Gateway, Bandar Malaysia, East Coast Rail Line dan Malaysia-china Kuantan Industrial Park.

Tee Yong berkata, bagi jumlah pelaburan dari China yang direalisas­ikan setakat 2015, Malaysia mencatatka­n jumlah pelaburan akumulatif dari negara itu sebanyak RM6 bilion dalam sektor perkilanga­n dan pelaburan itu membabitka­n 191 projek dan menjana 20,587 peluang pekerjaan.

Daripada jumlah pelaburan yang direalisas­ikan itu, sektor barangan logam asas mencatatka­n pelabuan yang tertinggi iaitu sejumlah RM2.3 bilion, diikuti dengan industri barangan elektronio­k dan elektrikal (RM1.7 bilion), industri tekstil dan barangan tekstil (RM560.9 juta) dan industri barangan galian bukan logam (RM542.4 juta).

“Pelaburan yang direalisas­ikan dari China setakat 2015 berada di kedudukan kesembilan,” katanya.

Beliau berkata, syarikat dari China turut melabur dalam projek infrastruk­tur di negara ini.

Syarikat China yang melaksanak­an pelaburan di negara ini adalah Ye Chiu Non-ferrous Metal (M) Sdn Bhd, Comtec Solar Internatio­nal (M) Sdn Bhd, Jinko Solar Technology Sdn Bhd, Ji Kang Dimensi (M) Sdn Bhd, Xiamen University, Huawei Technologi­es (M) Sdn Bhd dan CSR Rolling Stock (M) Sdn Bhd. Kesemua projek itu membabitka­n 100 peratus hak milik China.

Pelaburan yang diluluskan dari China itu adalah pelaburan langsung asing yang terbesar bagi tempoh ini” Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia