Berita Harian

Mustapa hadiri Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-menteri Ekonomi ASEAN Ke-23

-

Tidak Rasmi MenteriMen­teri Ekonomi ASEAN (AEM) Ke-23 dan mesyuarat berkaitan akan diadakan di Manila, Filipina bermula hari ini hingga Jumaat, sebagai usaha meneruskan pengukuhan hubungan ekonomi antara negara.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dijadualka­n menghadiri pemukiman tiga hari itu.

Menurut Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), menteri ekonomi ASEAN akan bertukar pandangan dan membincang­kan mengenai aktiviti yang akan dijalankan sempena ulang tahun ke-50 kumpulan serantau itu.

Selain itu, menteri berkenaan juga akan membincang­kan keutamaan penyampaia­n bagi 2017; pelaksanaa­n Pelan Tindakan Ekonomi ASEAN 2025; menangani cabaran langkah memudahkan perdaganga­n; halangan bukan tarif/langkah bukan tarif dan kemajuan dalam penyepadua­n sektor lain dalam ekonomi.

Tingkat tahap rundingan

“Menteri ekonomi juga dijangka membincang­kan berhubung tindakan bagi meningkatk­an tahap rundingan Kerjasama Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP),” demikian menurut kementeria­n menerusi kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Sempena mesyuarat itu, Mus- tapa juga dijadual mengadakan lawatan kerja ke Manila bagi mengukuhka­n kerjasama perdaganga­n dan pelaburan MalaysiaFi­lipina.

Beliau turut dijadualka­n menghadiri mesyuarat dengan Majlis Perniagaan Filipina-malaysia (PMBC) dan Majlis Perniagaan Malaysia-filipina (MPBC), seterusnya mengadakan satu sesi rangkaian bersama komuniti perniagaan di Filipina.

Peluang industri halal

“Mesyuarat berkenaan adalah penting bagi mengukuhka­n lagi kerjasama sesama komuniti perniagaan serta mencari potensi dan peluang bagi kerjasama dalam industri halal,” tambah kenyataan itu.

MITI berkata, Mustapa juga akan merasmikan salah satu projek pembanguna­n daripada Kumpulan Alloymtd di Palayan City, Nueva Ecija, Filipina.

Selain itu, MITI berkata, rundingan Aem-kesatuan Eropah akan diadakan seiring dengan Mesyuarat AEM Retreat Ke-23 bagi membincang­kan kemungkina­n menyambung semula rundingan perjanjian perdaganga­n bebas antara ASEAN-EU.

Menurut kenyataan itu lagi, menteri ekonomi juga dijadualka­n mengadakan pertemuan dengan wakil mesyuarat daripada Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN dan Majlis Perniagaan ASEANEU.

 ??  ?? Mustapa Mohamed
Mustapa Mohamed

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia