Berita Harian

Tonton teroka kerjasama baharu dengan GOASEAN

-

Portal video streaming milik Media Prima, tonton, menjalin kerjasama terbaru dengan pengeluar kandungan kreatif GOASEAN.

Menerusi kerjasama itu, pelanggan tonton VIP berpeluang meneroka khazanah tersembuny­i di Asia Tenggara menerusi pelbagai program pengembara­an terbitan GOASEAN bermula bulan depan.

Pengarah tonton & Pelesenan dan Dagangan, Airin Zainul, berkata menerusi kerjasama itu, pihaknya menjangka peningkata­n dua digit dalam bentuk peratusan pertumbuha­n portal itu tahun ini.

Katanya, pada masa ini portal itu mempunyai lebih 6.6 juta pengguna berdaftar dengan pertumbuha­n 18,000 ahli setiap minggu.

“Justeru, kami berharap tonton akan terus berkembang dan mempunyai jumlah pengguna semakin yang kukuh.

“Dengan adanya kandungan dari GOASEAN, pengguna tonton yang suka melancong dan mengembara boleh meneroka lebih banyak lokasi di Asia Tenggara.

Kandungan kreatif

“Kandungan hebat dari penyediaan kandungan kreatif itu juga dapat dijadikan panduan kepada penonton. Mereka juga boleh menonton program berkenaan pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan menggunaka­n peranti mudah alih yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an (MOU) kerjasama itu di Petaling Jaya, semalam. Hadir sama sama Naib Presiden Penjenamaa­n GOASEAN, Zefny Idris.

Mengulas lanjut, Airin berkata tonton juga merancang untuk melancarka­n dua lagi kerjasama dengan beberapa penyedia kandungan kreatif pada suku kedua tahun ini.

Sementara itu, Zefny berkata langkah pihaknya memasuki ruang over-the-top (OTT) bertujuan mengembang­kan capaiannya untuk menarik lebih ramai penonton.

Katanya, pertumbuha­n video OTT semakin berkembang pesat pada masa ini.

“Sempena ulang tahun kedua kami pada Jun depan, kerjasama dengan tonton ini disifatkan sebagai cukup bermakna untuk GOASEAN.

“Kami akan meneruskan usaha untuk menghasilk­an kandungan berkualiti tinggi bagi mempromosi­kan Asia Tenggara kepada pelancong. Kami harap dengan kerjasama ini ramai yang menjadikan Asia Tenggara sebagai destinasi pelanconga­n utama,” katanya.

 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN/BH ] ?? Airin (kiri) bersama Zefny pada majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an kerjasama di Petaling Jaya, semalam.
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN/BH ] Airin (kiri) bersama Zefny pada majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an kerjasama di Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia