Berita Harian

Rohm-wako Electronic­s labur RM600J di Kelantan

-

Pengeluar diod dan LED terbesar di dunia, Rohm-wako Electronic­s Sdn Bhd, membuat pelaburan RM600 juta dengan membina kilang baharu di Kelantan, yang mana bakal menawarkan kirakira 1,000 peluang pekerjaan untuk masyarakat di Kelantan.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata satu perubahan besar bakal berlaku dalam sektor perkilanga­n di Kelantan susulan pembukaan kilang elektronik terkemuka dunia itu.

“Rohm-wako mampu mewujudkan suasana pertumbuha­n pembanguna­n ekonomi yang amat diperlukan di negeri ini.

Tingkat taraf hidup

“Difahamkan dengan pembukaan kilang baharu di negeri ini, ia mampu menjana lebih 1,000 peluang pekerjaan yang dapat membantu meningkatk­an taraf hidup rakyat Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan bangunan baharu tiga tingkat Syarikat Rohm-wako Elektronik Sdn Bhd di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Pengerusi Rohm-wako, Datuk Yosuke Yoshioka.

Sementara itu, Presiden Rohmwako, Datuk Yukihiro Takizawa, berkata pembinaan kilang di Kelantan adalah yang terbesar di Asia Tenggara dan ia diyakini dapat memberi nilai tambah dalam pengeluara­n produk.

“Saya percaya pelaburan kali pertama yang diwujudkan di negeri ini bakal membantu memajukan syarikat seterusnya meningkatk­an keluaran.

“Setakat ini, kami mempunyai tiga kilang utama di seluruh dunia dan enam kilang pengeluara­n di negara ini dan Kelantan adalah terbesar.

“Saya yakin selepas ini Rohmwako akan mengekalka­n status sebagai syarikat pengeluara­n elektronik dunia setanding nama besar seperti Panasonic dan Samsung,” katanya.

Ia mampu menjana lebih 1,000 peluang pekerjaan yang dapat membantu meningkatk­an taraf hidup rakyat Kelantan” Mustapa Mohamed, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia