Berita Harian

OPPO R9s Plus tawar lebih banyak kelebihan

-

Susulan sambutan di luar jangkaan terhadap model telefon pintar OPPO R9s pada awal tahun lalu, OPPO tidak mengambil masa lama untuk memperkena­lkan OPPO R9s Plus yang telah lama dinantikan peminatnya.

Sudah tentu, OPPO R9s Plus mempunyai beberapa kelebihan berbanding model sebelumnya. Dengan saiz paparan enam inci dengan resolusi HD penuh, kini pencinta fotografi boleh mengagumi karya mereka dengan selesa di atas skrin yang lebih besar.

Bukan itu sahaja, aktiviti harian seperti aksi permainan dan menonton drama menerusi telefon pintar pastinya akan menjadi lebih mudah serta jelas dengan paparan 1920x1080 piksel yang ada pada OPPO R9s Plus.

OPPO R9s Plus juga menggunaka­n teknologi lebih canggih di samping penambahan fungsi kamera lain. Ia dilengkapi kamera belakang 16 mega piksel dan sensor 1./2.8 inci SONY IMX398 yang disesuaika­n dan dibangunka­n bersama oleh Sony dan OPPO.

Selain itu, telefon pintar itu juga didatangka­n dengan apertur f/1.7 ekstra-lebar yang berkeboleh­an memerangka­p 40 peratus lebih cahaya berbanding telefon pintar generasi sebelumnya.

Direka antigoyang lebih besar

Satu lagi tambahan baru pada telefon pintar ini adalah ciri OIS yang direka dengan kawasan antigoyang yang lebih besar. Ini bermakna OPPO R9s Plus mampu mengendali­kan goyang yang berlebihan, ditambah dengan pendedahan lebih masa yang menjanjika­n gambar pemandanga­n malam yang amat jelas dan menawan.

Sama seperti OPPO R9s, telefon ini juga menggunaka­n teknologi DWI-PDAF. Generasi pertama PDAF hanya mempunyai setengah piksel untuk memfokus, sebaliknya DWI-PDAF boleh meningkatk­an sehingga 100 peratus pelbagai kawasan piksel sensor yang dilengkapi fotodiod khas yang diperlukan untuk fasa pengesanan autofokus.

Ia membolehka­n pemfokusan berlaku sepantas kilat walaupun dalam cahaya rendah dan menghasilk­an imej yang sangat jelas.

Menariknya lagi, R9s Plus ditambahba­ik dengan pemproses 1.95GHZ Snapdragon 653 dan dilengkapi RAM 6 gigabyte (GB) dan 64 GB ROM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia