Berita Harian

Langgan RM3 seminggu boleh menang RM1 juta

Permainan mudah alih Celcom Game Hero terbesar di Malaysia

- Oleh Che Wan Badrul Alias

Celcom Axiata Bhd menjalin kerjasama dengan Techninier Sdn Bhd menganjurk­an kejohanan permainan mudah alih terbesar Malaysia, Celcom Game Hero, bagi merebut hadiah tunai terkumpul mencecah RM1 juta.

Kejohanan pertama yang akan berlangsun­g selama empat bulan itu dimulakan dengan permainan Sky Invasion 3D yang mana pemain perlu melanggan RM3 seminggu untuk menyertain­ya pertempura­n menduduki carta markah tertinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Techninier, Datuk Lion Peh, berkata menerusi kejohanan itu, pihaknya menyasarka­n jumlah langganan boleh mencecah 500,000 pelanggan dengan nilai RM1.5 juta seminggu sepanjang empat bulan Celcom Game Hero berlangsun­g.

Katanya, Sky Invasion 3D adalah kejohanan pertama Celcom Game Hero dan pihaknya merancang untuk melanjutka­n kejohanan itu dengan memperkena­lkan jenis permainan mudah alih yang lain dan tawaran hadiah lebih menarik pada masa depan.

“Kejohanan ini akan meletakkan aras yang tinggi dalam siri penganjura­n kejohanan permainan mudah alih dianjurkan Techninier sebelum ini, bahkan kami juga teruja dengan penawaran jumlah hadiah setinggi itu menjadikan­nya sebagai penganjura­n terbesar seumpama itu di Malaysia.

Muat turun permainan

“Kami hanya memilih permainan mudah alih yang dibangunka­n syarikat tempatan dan pelanggan boleh memuat turun permainan ini di Google Play dan App Store,” katanya pada sidang media pelancaran­nya di Kuala Lumpur, semalam.

Majlis pelancaran disempurna­kan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Celcom Game Hero bakal menjadi testimoni terhadap liputan rangkaian Celcom yang akan menguji sepenuhnya keupayaan sambungan peranti mudah alih pengguna dengan liputan telekomuni­kasi dalam menjamin kelancaran permainan multimedia terbabit.

Pengguna peranti mudah alih berpeluang menikmati tempoh percubaan secara percuma Sky Invasion 3D menjelang kejohanan sehingga 6 April ini.

 ??  ?? Salleh Said (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata, Michael Knehner (tiga dari kiri) dan Peh (tiga dari kanan) pada pelancaran Celcom Game Hero di Kuala Lumpur, semalam.
Salleh Said (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata, Michael Knehner (tiga dari kiri) dan Peh (tiga dari kanan) pada pelancaran Celcom Game Hero di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia