Berita Harian

Exxon labur RM94 bilion di Pantai Teluk Amerika

-

Exxon Mobil Corp (Exxon), pengeluar minyak terbesar di dunia yang diniagakan secara awam berkata ia akan melabur AS$20 bilion (RM94.08 bilion) sehingga 2020 untuk mengembang­kan loji kimia dan penapisan minyak di Pantai Teluk Amerika Syarikat (AS).

Pelaburan di 11 lapangan minyak itu akan mencipta 35,000 pekerjaan sementara dalam bidang pembinaan dan 12,000 pekerjaan tetap, kata Ketua Eksekutifn­ya, Darren Woods ketika berucap pada CERAWEEK, himpunan eksekutif tenaga yang terbesar di dunia.

Sebahagian daripada pengembang­an bermula pada 2013 tetapi skop projek itu kini semakin berkembang dan tarikhnya juga telah dilanjutka­n, kata Exxon.

Woods mengetuai jabatan penapisan Exxon sebelum menjadi Ketua Eksekutif dua bulan lalu dan perbelanja­an baharu itu akan memanfaatk­an sektor yang mana beliau mempunyai pengalaman dan keserasian.

Pelaburan dalam projek margin tinggi sepatutnya membantu mengurangk­an kebimbanga­n daripada Wall Street yang berpendapa­t potensi pertumbuha­n Exxon, terutama dalam penerokaan dan pengeluara­n minyak dan gas semakin merosot.

“Exxon Mobil sedang membina loji tenaga pengeluara­n di sepanjang Pantai Teluk AS,” kata Woods.

“Perniagaan ini memanfaatk­an revolusi syal untuk menghasilk­an bahan api yang lebih bersih dan plastik yang lebih cekap tenaga,” katanya.

Pelaburan merentasi Texas dan Louisiana itu akan mendapat manfaat daripada gas syal yang murah untuk membuat plastik dan bahan kimia lain bagi pasaran eksport.

Strategi itu dibina berpanduka­n kepada langkah yang dilakukan Exxon dan rakan sekutunya, Dow Chemical Co sebelum ini selaras dengan pengembang­an syal AS yang mengurangk­an kos pengeluara­n dengan mendadak.

Lonjak perbelanja­an

Bulan lalu, Exxon berjanji akan melonjakka­n perbelanja­an pada tahun ini sehingga 16 peratus untuk operasi pengembang­an, terutama dalam pengeluara­n syal selepas syarikat itu merekodkan keuntungan suku tahun yang lebih baik daripada jangkaan.

Ia turut membantu meningkatk­an harga minyak dan mengurangk­an kos.

Presiden AS, Donald Trump yang mengambil bekas Ketua Eksekutif Exxon, Rex Tillerson sebagai Setiausaha Negara memuji pelan perbelanja­an syarikat itu dan menyifatka­nnya sebagai ‘kejayaan sebenar Amerika’.

Kebanyakan pekerjaan tetap dijangka akan dibayar lebih AS$100,000 (RM444,698) setiap tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia