Berita Harian

Bursa tempatan ditutup tinggi

Rangsangan daripada kenaikan berserak tingkat indeks 1.3 mata

-

Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit semalam, mendapat rangsangan daripada kenaikan berserak dalam seluruh papan.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.3 mata kepada 1,728.66 daripada 1,727.36 pada Isnin.

Indeks itu dibuka 0.29 mata lebih tinggi kepada 1,727.65 dan bergerak antara 1,725.02 dan 1,734.07 sepanjang hari dagangan. Kaunter untung mengatasi kaun 320, 357 kaunter tidak berubah, 432 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.37 bilion unit bernilai RM2.91 bilion berbanding 3.01 bilion unit bernilai RM2.63 bilion pada Isnin.

Penganalis­is Penyelidik­an FXTM, Lukman Otunuga berkata saham global terdedah kepada penurunan dengan pelabur bimbang ketegangan geopolitik yang memuncak di Asia Timur akan mempengaru­hi sentimen risiko.

“Saham Asia diniagakan kebanyakan­nya bercampur-campur dalam keadaan tidak menentu, manakala pengelakan risiko mendedahka­n ekuiti Eropah kepada kejutan pertumbuha­n lebih perlahan.

“Dalam suasana dagangan suram dan peserta pasaran berdagang dengan berhati-hati, kenaikan di Wall Street dijangka terhad pada malam ini,” katanya.

Di pasaran tempatan, Indeks FBM Emas naik 35.92 mata kepada 12,208.08, Indeks FBMT100 meningkat 33.17 mata kepada 11,882.97, dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 52.16 mata kepada 12,615.29.

FBM 70 melonjak 131.24 mata kepada 14,231.36, manakala FBM Ace menokok 21.68 mata kepada 5,302.48.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n naik 65.68 mata kepada 8,174.14, Indeks Kewangan meningkat 33.69 mata kepada 15,521.27 dan Indeks Perusahaan berkuranga­n 10.05 mata kepada 3,252.62.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, TNB dan Maxis naik dua sen setiap satu masing-masing kepada RM13.70 dan RM6.40, Petronas Chemicals meningkat lima sen kepada RM7.48, IHH Healthcare menambah tiga sen kepada RM5.98, manakala Public Bank dan MISC kedua-duanya tidak berubah masing-masing kepada RM19.94 dan RM7.46.

Dalam kalangan kaunter cergas, Priceworth naik tiga sen kepada 16 sen, Hovid meningkat 2.5 sen kepada 34 sen, Bumi Armada me

3.5 sen kepada 74.5 sen, manakala Borneo Oil dan MMAG turun setengah sen masing-masing kepada 17 sen dan 5.5 sen.

Jumlah dagangan Pasaran Uta

meningkat kepada 2.49 bilion unit bernilai RM2.79 bilion berbanding 2.18 bilion unit bernilai RM2.49 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan Pasaran ACE naik kepada 631.64 juta saham bernilai RM88.11 juta daripada 592.93 juta saham bernilai RM105.15 juta.

Waran meningkat kepada 246.97 juta unit bernilai RM30.49 juta daripada 217.38 juta unit bernilai RM26.92 juta.

Barangan pengguna menyumbang 225.59 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (572.73 juta), pembinaan (149.55 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (1.06 bilion), teknologi (108.47 juta), prasarana (8.99 juta), SPAC (10.62 juta), kewangan (107.07 juta), hotel (507,300), hartanah (177 juta), perladanga­n (38.74 juta), perlombong­an (sifar), REITS (27.2 juta), dan dana tertutup (28,400).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia