Berita Harian

ORANG MUDA

Luah rasa melalui pantun

-

Pantun pernah menjadi ‘alat’ kepada masyarakat Melayu dalam menyatakan hasrat hati secara berlapik.

Ia ada pemula atau mukadimah bagi sesuatu acara dalam istiadat Melayu dan turut dilagukan menjadi hiburan santai serta diperluas sebagai saluran berdakwah, membuktika­n sumbangan sastera lisan itu kepada bangsanya.

Walaupun memiliki latar belakang pengajian dalam kesusaster­aan Inggeris, tetapi bagi anak muda ini, seni pantun yang amat dicintai ternyata sudah sebati dalam dirinya hampir 10 tahun yang lalu.

Ezal Ezham Azami berkata, beliau mula meminati pantun secara tidak sengaja apabila dipelawa oleh rakannya, Rudy Imran Samsudin untuk mewakili kolej kediaman Desasiswa Restu semasa menyambung pengajian di Universiti

Sains Malaysia (USM) di Gelugor, Pulau Pinang.

“Saya terfikir tiada salahnya mencuba dan sejak itu, saya mula jatuh cinta dengan pantun kerana ada sisi cabaran yang membuatkan adrenalin teruji.

“Rasa gementar dan seronok bercampur-baur namun momen paling indah tatkala dapat menyiapkan pembayang pantun dengan pantas,” katanya.

Gemar lagu tradisiona­l Siti Nurhaliza

Ezal Ezham yang kini bertugas sebagai Penolong Pendaftar di Institut Pengajian Siswazah USM berkata, pantun sebenarnya mencabar minda apatah lagi perlu direka secara spontan semasa pertanding­an.

“Selalunya saya gemar mendengar lagu-lagu tradisiona­l yang kaya dengan seni kata indah sebagai salah satu sumber inspirasi

“Lagu-lagu tradisiona­l dendangan Datuk Siti Nurhaliza selalunya akan memberikan ‘mood’ yang tenang kepada diri sekali gus dapat mencetuska­n ilham untuk saya berkarya.

“Selalunya apabila kekurangan idea, saya akan berhenti seketika dan menikmati lagulagu pilihan sebelum menyambung karya yang tertunda,” katanya.

Jadi alat penghubung

Cintanya terhadap pantu

bukan sahaja dibentangk­an di atas pentas pertanding­an, malah

Ezal gemar berkongsi pantun rekaannya di laman sosial sebagai salah satu platform perkongsia­n bersama rakan-rakannya.

Sejujurnya, kalau seseorang itu benar-benar meminati seni pantun, hatta melihat daun gugur pun sudah boleh mencipta pembayang.?

“Hal ini kerana dalam pantun itu ada isi langit dan bumi.

“Malah pantun itu terkandung alam dan akal budi di dalamnya.

“Justeru itu, pantun saya terhasil bukan dalam pertanding­an semata-mata, malah ada juga yang tercipta semasa saya berhubung di alam maya,” katanya.

Perlu kesabaran untuk mencipta

Ezal pernah mewakili universiti bagi tiga gelanggang di peringkat kebangsaan malah dua daripadany­a berjaya merangkul johan kebangsaan.

Katanya, segala tanggungja­wab digalas sebaiknya dan sehingga kini, dia masih aktif memartabat­kan seni pantun terutamany­a di kalangan generasi anak muda.

Baginya, pantun memerlukan kesabaran yang tinggi dan komitmen secara berterusan supaya minat untuk berkarya terus menyubur.

“Memang pada mulanya agak sukar bagi sesiapa yang baru menceburi bidang ini kerana bukan mudah untuk menghasilk­an pantun yang baik dalam jangka masa singkat.

“Pertautan antara pembayang dan sampiran adalah antara elemen penting di dalam mencipta pantun dan inilah cabaran yang sebenarnya akan memberi kepuasan kepada pemantun,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? [ FOTO EZAL EZHAM AZAMI / BH ] ?? Pasukan USM yang dilatih menang Pesta Pantun Bestari 2012.
[ FOTO EZAL EZHAM AZAMI / BH ] Pasukan USM yang dilatih menang Pesta Pantun Bestari 2012.
 ??  ??
 ??  ?? Semasa menjadi juri di pertanding­an pantun.
Semasa menjadi juri di pertanding­an pantun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia