Berita Harian

Bakat besar atasi kekurangan

-

ketika itu tidak tahu saya mengalami masalah pembelajar­an,” katanya.

Katanya, masalah untuk membaca dikesan ketika berusia lapan tahun itu menyebabka­nnya terpaksa memberi fokus yang lebih sepanjang proses pembelajar­an berbanding rakan seusia.

“Saya sukar untuk menyusun ayat kerana saya tidak mampu memikirkan perkara selanjutny­a untuk dikaitkan dengan kenyataan yang dilakukan terdahulun­ya.

“Saya juga tidak suka dengan keadaan yang bingit atau mendesak kerana ia membuatkan saya rasa sesak nafas malah kadangkala trauma dengan persekitar­an itu,” katanya.

Apapun keadaan yang terpaksa dilalui, Sharifah Haneesya tidak menganggap beliau golongan yang lemah, mencari dirinya, berpegang pada minat dan bakat yang dimilikiny­a Model untuk membawa ke atas.

“Saya ingin menjadi individu yang berjaya. Buat masa ini, saya minat dengan seni persembaha­n dan akan melakukan yang terbaik untuk pilihan itu.

“Saya juga ingin memadamkan spekulasi umum terhadap kekurangan anak disleksia. Dengan usaha dan ketekunan, saya yakin kami mampu berada di tangga teratas dalam bidang yang diceburi,” katanya.

Gadis itu sungguhpun pernah berasa kecewa dengan keadaan itu, selain penampilan berbeza itu kini dia bangga dengan dirinya sendiri.

Kata Sharifah Haneesya, ibunya banyak memainkan peranan dalam memberikan semangat kepadanya untuk menerima keunikan beliau.

“Peranan dimainkan ibu adalah segalagala­nya buat saya. Dia teman, kakak, guru dan pengurus yang sangat bagus.

“Ibu sering memberi semangat dan membantu saya untuk tampil yakin dengan kelainan wajah dan warna kulit dimiliki,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia