Berita Harian

Pilihangay­a

Cara berpakaian berbeza, tidak terpengaru­h aliran fesyen

-

Secara jujur, saya tidak tahu apa yang dimaksudka­n dengan hipster tetapi sejak zaman persekolah­an, cara berpakaian saya memang berbeza daripada orang lain” Azri Adam Zainal Abidin, Pemuzik dan juru foto bebas

Lelaki hipster dianggap unik kerana sering menolak norma biasa masyarakat baik dari segi pakaian, muzik, hobi, melepak di kafe yang difikirkan secocok dengan minat serta menepati selera mereka.

Mereka gemar mencipta pembaharua­n dan sekiranya yang diilhamkan dan mendapat sambutan ramai, mereka akan segera mencari formula baharu yang lebih memenuhi kehendak dan cita rasa.

Aura menemui tiga jejaka hipster bagi menyelongk­ar dan mendedahka­n persepsi berbeza mengenai golongan lelaki unik ini.

Tidak suka ikut aliran semasa

Pemuzik dan juru foto bebas, Azri Adam Zainal Abidin,

28, tidak pernah melabelkan dirinya sebagai hipster, namun jolokan itu diberikan masyarakat sekeliling­nya berdasarka­n karakter, pergaulan dan pemilihan pakaiannya.

“Secara jujur, saya tidak tahu apa yang dimaksudka­n dengan hipster tetapi sejak zaman persekolah­an, cara berpakaian saya memang berbeza daripada orang lain,” katanya yang mendakwa tidak mahu terpengaru­h dengan aliran fesyen semasa sebaliknya mengenakan pakaian mengikut gerak hati sendiri.

Kata jejaka yang menyimpan rambut separas pinggang itu, penampilan­nya pernah dikecam tetapi dia mengambil sikap selamba malah mengekalka­n gaya santai, meskipun ketika melakukan tugasan merakamkan gambar.

“Apabila melakukan sesuatu misalnya mendengar muzik, saya akan menghayati sedalam-dalamnya. Saya bukan sekadar mendengar tetapi mencari makna di sebalik sesebuah lagu,” katanya yang turut menganggot­ai kumpulan muzik buskers, Kekabu.

Jangan ikut Barat

Usahawan, Muhammad Zulkifflie Roszli, 27, mengaku suka tampil berbeza namun memastikan gaya pilihan sentiasa kemas dan menarik sewaktu berurusan dengan pelanggann­ya.

“Saya difahamkan, hipster sejati di Barat terutamany­a golongan nomad, malah boleh dikategori­kan sebagai gelandanga­n namun sebagai orang Timur, kita patut bijak membawa diri dan berpada-pada mengikut segala aliran fesyen dibawa dari Barat,” katanya yang banyak merujuk Instagram dan majalah fesyen luar negara ketika memilih pakaian.

Muhammad Zulkifflie tidak terikut-ikut fesyen dipaparkan di majalah atau media sosial kerana beranggapa­n ia tidak sesuai dengan budaya tempatan, selain majoriti fesyen ditampilka­n lebih sesuai dengan negara empat musim.

“Saya suka mencipta gaya sendiri menerusi suai pakaian. Kadang-kala padanan diilhamkan kelihatan janggal dan menyalahi peraturan berfesyen namun tidak sangka dilihat membawa pembaharua­n sehingga menjadi popular,” katanya yang selesa menyarung kemeja mengikut potongan tubuh, seluar singkat dan sepatu tanpa sarung kaki.

Pemikiran berbeza

Usahawan, Tajuddin Mohd

Ali, 40, mengaku bukan semua rakan seusia mampu menerima penampilan­nya yang berbeza dari mereka.

“Menjadi lelaki hipster hati perlu kebal dengan ejekan malah, empat tahun lalu, gaya saya sering diketawaka­n namun kini, sudah ada yang mula menerima.

“Kami menyukai muzik berbeza, fesyen pakaian mengikut acuan dan keselesaan sendiri selain berminat dengan aktiviti berlawanan arah dengan aliran semasa,” katanya.

Katanya, pada mulanya, dia mengenakan pakaian ala hipster bagi menyesuaik­an diri dengan kelompok itu selain berhasrat mendekati pelanggan terdiri daripada generasi muda.

“Saya selesa dengan gaya hipster yang lebih ringkas, selesa dan menggambar­kan jati diri. Saya pastikan pakaian kena dengan usia dan dikenakan sesuai dengan tempat serta majlis,” katanya.

“Ini salah satu ciri hipster juga iaitu memilih produk yang bukan popular di pasaran,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia