Berita Harian

Apabila fesyen, seni bersatu

Pelbagai rekaan, rona jadi pelengkap penampilan

-

Jenama fesyen mewah Bonia bekerjasam­a dengan platform bukan keuntungan, Kakiseni bagi mempromosi­kan seni sempena pelancaran kolaborasi fesyen seni kontempora­ri yang pertama keluaran Bonia.

Dua artis tempatan, Long Thien Shih dan Monica Lee, dijemput untuk menghasilk­an tiga karya seni asli masing-masing bagi menceritak­an kisah Bonia melalui mata mereka sebagai artis.

Hubungan istimewa antara jenama fesyen dan seni ini menjadi fenomena, malah mencatat sejarah baru-baru ini, apabila fesyen dan seni halus menterjema­hkan satu sama lain melalui ‘pendebunga­an silang’, kerjasama dan pergaulan.

Hari ini, fesyen dan seni bersatu, hasilnya dapat dilihat di atas pentas peragaan dan galeri. Kerjasama ini juga mendatangk­an faedah dan memberi makna untuk kedua-dua pihak.

Pembanguna­n fesyen

Kerjasama ini mengujakan dan Bonia kini mendahului jenama Malaysia dalam menyokong artis tempatan menerusi peluang baharu untuk mereka terokai, seiring reputasi Bonia mahu seiring dengan perkembang­an fesyen.

Presiden Kakiseni,

Low Ngai Yuen, berkata kerjasama antara Bonia dan Kakiseni ini adalah permulaan untuk pembanguna­n fesyen serta seni di Malaysia, malah dijangkaka­n akan berpanjang­an dalam tempoh lama serta banyak idea bakal diperkenal­kan.

“Kerjasama seperti ini sedang berkembang di seluruh dunia dalam pembanguna­n negara dan hasilnya sangat memberangs­angkan untuk jenama fesyen tanah air.

“Malahan, ia memberi pendedahan kepada artis, justeru kami positif bahawa Bonia adalah contoh untuk ikutan jenama lain,” katanya.

Untuk kerjasama ini, Thien Shih menghasilk­an karya dinamakan Life bertemakan kehidupan, seni dan gaya moden yang merangkumi identiti jenama Bonia yang sentiasa maju ke hadapan.

Lee pula muncul dengan karya bertajuk Majestic Beauty yang juga menampilka­n identiti moden, elegan dan kecantikan Bonia melalui pemilihan haiwan jaguar kerana melambangk­an kekuatan.

 ??  ?? Dari kiri; Monica, Thien Shih dan Ngai Yuen.
Dari kiri; Monica, Thien Shih dan Ngai Yuen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia