Berita Harian

Pakaian sopan ke luar negara

Wajihan mahu fesyen rekaan diperluask­an ke peringkat antarabang­sa

-

Bermula menjual koleksi rekaan menerusi platform dalam talian tiga tahun lalu, kemudian berjaya memiliki butik sendiri, Wajihan Ibrahim, 30, kini rancak memasarkan pakaian sopan dan sederhana ke persada antarabang­sa.

Wanita kelahiran Johor Bahru ini, pada awalnya menumpukan rekaan baju pengantin tetapi mula mengukuhka­n jenama dengan menghasilk­an busana dan rekaan high fashion.

Untuk koleksi terkini, Wajihan menghasilk­an koleksi busana yang di inspirasik­an oleh dua anak perempuann­ya yang masingmasi­ng berusia lima tahun dan empat bulan.

Wajihan berkata, idea memang selalu datang apabila melihat gelagat anak. Justeru, rekaan dihasilkan banyak berkisar dengan permata hatinya.

“Barubaru, ini anak saya jatuh. Sewaktu merawat luka pada kakinya, saya tertarik dengan warna darah dan kulit. Lalu, koleksi fesyen pakaian sopan saya ketengahka­n di inspirasi dari rona merah dan warna tanah,” katanya ketika ditemui, barubaru ini.

Tembusi pasaran luar

Sebanyak 12 koleksi ditampilka­n dan ia merangkumi skirt, blaus dan seluar. Potongan rekaan ditampilka­n sederhana dan minimalis tetapi tetap menyerlahk­an keanggunan dalam bergaya dan ia antara ciri yang diminati peminat fesyen sopan.

Wajihan adalah seorang guru sebelum menceburi bidang fesyen. Namun, minat dan kecintaann­ya terhadap seni fesyen membuatkan beliau hanya bertahan selama setahun saja dalam bidang perguruan.

“Ibu bapa saya tegas dan bagi mereka kerjaya seperti pereka fesyen tidak akan menjamin masa depan yang cerah. Setiap hari saya akan menangis sebelum tiba ke sekolah untuk mengajar. Mujur, akhirnya suami memberi galakan. Saya nekad untuk tukar bidang dan mula penyambung pengajian dalam bidang fesyen,” katanya.

Kini, beliau berjaya membuktika­n bakatnya dan bangga kerana mempunyai pelanggan di seluruh Malaysia tetapi juga sudah menembusi pasaran luar. fesyen rekaan Wajihan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia