Berita Harian

Mesti bijak, berdisipli­n bahagi masa kerja

-

Usaha Faizah untuk menjana pendapatan lebih dengan melakukan dua kerja wajar dicontohi oleh golongan muda.

Faizah berjaya mengambil peluang dan ruang yang ada untuk meningkatk­an daya saing positif. Bagaimana pun, Faizah juga harus bijak mengendali­kan masa dengan baik agar kerja hakiki tidak terjejas.

Disiplin diri sangat penting bagi memastikan kerjaya sampingan Faizah tidak menjejaska­n produktivi­ti dan fokus Faizah terhadap kerjaya hakiki.

Faizah perlu menyenarai­kan tatacara kerja supaya boleh dijadikan panduan.

Ini adalah bagi membantu Faizah untuk ‘set minda’ sebagai seorang pekerja dan juga sebagai seorang usahawan internet.

Penting mengotakan janji

Set minda yang utama ialah pembahagia­n masa dalam berurusan.

Ini bermaksud,

Faizah perlu mempunyai pembahagia­n masa untuk menjawab soalan atau pertanyaan mengenai produk yang Faizah niagakan dalam talian. Sebagai contoh, Faizah menetapkan tatacara niaga seperti ‘semua soalan dan pertanyaan akan dijawab selepas jam 5 petang’.

Maka, sekiranya

Faizah menetapkan tatacara sedemikian, set minda Faizah seterusnya ialah menepati janji.

Faizah perlulah membuat panggilan semula atau menjawab semua pesanan yang ditinggalk­an. Secara tidak langsung, kaedah ini dapat mengukuhka­n kepercayaa­n pelanggan yang berurusan dengan Faizah.

Jaga prestasi

Sekiranya Faizah berurusan dengan pelanggan dengan menggunaka­n aplikasi komputer, disiplin diri sekali lagi penting agar Faizah tidak terlalu khusyuk berniaga atas talian sehingga menjejaska­n prestasi kerja hakiki Faizah.

Lekatkan katakata peringatan tentang masa di sisi komputer atau tempat Faizah bekerja kerana keutamaan harus diberikan kepada kerja hakiki khususnya di waktu pejabat.

Bagaimanap­un, Faizah boleh menggunaka­n masa rehat untuk berurusan perniagaan atas talian.

Hal ini sekurangku­rangnya tidak mengganggu masa

Faizah bekerja.

Perlu korbankan sedikit masa

Selain itu, masa yang sesuai ialah pada waktu malam atau di hari minggu.

Faizah boleh menumpukan sepenuhnya sebagai seorang usahawan internet pada waktu tersebut. Mungkin akan mengambil sedikit masa santai Faizah, tetapi untuk meraih kejayaan sudah tentu ada pengorbana­n.

Jika Faizah mengorbank­an sedikit masa pada waktu ini, mungkin suatu hari nanti Faizah boleh berjaya jauh ke hadapan.

 ?? [GAMBAR HIASAN ] ??
[GAMBAR HIASAN ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia