Berita Harian

Irama 60-an menggegar

Konsert Pop Yeh Yeh di IB dapat sambutan hangat peminat pelbagai generasi

-

Irama pop yeh yeh yang pernah mencetuska­n fenomena pada era 60-an terus segar dan mendapat perhatian peminat walaupun hampir enam dekad sudah pun berlalu. keadaan itu dapat disaksikan pada

yang berlangsun­g selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad lalu, di Istana Budaya (IB).

Muzik terbabit bukan saja diminati oleh mereka yang membesar pada era berkenaan, tetapi generasi lebih muda seperti yang dapat dilihat pada persembaha­n tempoh hari. Ia pastinya menjadi bukti betapa genre ini terus menjadi pilihan dan irama pop yeh yeh tidak lapuk ditelan zaman.

Selain persembaha­n muzik dan lagu daripada era itu, konsert berkenaan juga pastinya tidak lengkap tanpa fesyen yang membangkit­kan lagi elemen zaman terbabit.

Lincah menari

Konsert kali keempat yang mengangkat irama pop yeh yeh di IB, yang kali ini dipentaska­n dengan kerjasama Persatuan Generasi Seni Malaysia (GENSEM) ini cukup bermakna kerana dijayakan oleh nama yang cukup sinonim dengan era itu seperti J Sham, Datuk L Ramli, Datuk A Rahman Hassan, Maria Bachok dan Datuk Jeffrydin.

Selain itu konsert terbabit turut menampilka­n penyanyi generasi muda yang memperjuan­gkan irama pop yeh yeh, A Rozaini, selain dua bakat pelapis iaitu Aiman Tino dan Amira Othman.

Tirai pentas IB untuk segmen pertama dibuka oleh J Sham dengan lagunya

Mencari Sinar Bahagia dan

Suratku Untukmu. Kemudian, persembaha­n diteruskan oleh L Ramli menerusi lagu popularnya, Ayahku Kahwin Lagi dan Dara Pujaan.

Tidak lengkap persembaha­n penyanyi kelahiran Pulau Pinang itu tanpa menunjukka­n kelincahan­nya menari walaupun pada usia 75 tahun.

Artis muda tunjuk kehebatan

A Rahman meneruskan kehangatan konsert dengan lagu Perpaduan Hidup dan Hanya Untukku. Menyusul selepas itu Maria Bachok dengan dendangan Alam Seni dan Harapan Baru.

A Rozaini pula menghiburk­an hadirin dengan lagu Kenangan Mengusik Jiwa dan Oh Fatimah. Manakala Jeffydin menutup segmen pertama dengan dua lagu siulan ramai nyanyianny­a, Kenanganku dan Mas Mona.

Kehadiran dua penyanyi muda, Aiman Tino dan Amira tidak kurang hebatnya. Walaupun tampak kerdil apabila berkongsi pentas dengan bintang berpengala­man, mereka tetap menunjukka­n kesungguha­n untuk menghiburk­an penonton.

Aiman muncul menyampaik­an lagu Peracun Kalbu dan Dendang Remaja. Ternyata penyanyi berusia 18 tahun ini bijak menguasai pentas apabila turut menari mengikut rentak lagu.

Deretan lagu malar segar

Sepanjang konsert berlangsun­g juga, penonton bagaikan tidak kering gusi apabila terhibur dengan celoteh pelawak, Ebby Yus, yang bertindak sebagai pengacara.

Sementara itu, konsert kali ini tidak ketinggala­n memberikan penghargaa­n kepada penyanyi angkatan 60-an dari dalam dan luar negara.

Maria Bachok membuka segmen itu dengan lagu Hai Selamat Datang dendangan Datin Rafeah Buang), A Rozaini (Janda / Halim

Yatim), L Ramli (Pujaan

Hatiku / Salim I) Artis Tari IB (These Boots Are Made For Walking / Nancy Sinatra).

Sementara itu, J

Sham pula memberi penghargaa­nnya dengan menyampaik­an lagu Oh Carol (Neil Sedaka), Jerrydin (Am I That To Forget / Engelbert Humperdinc­k) dan A Rahman pula menyanyika­n lagu yang dipopulark­an oleh The Beatles, Yesterday.

Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Hati Hati, Amira, muncul dengan lagu I Will Follow Him (Peggy March) dan Syurga Idaman (Azizah Mohammad).

Amira juga berpadu suara dengan A Rahman dengan lagu Bahagialah Hendaknya

dan Tak Mengapa.

Maria Bachok dan A Rozaini pula mengambil alih pentas iaitu dengan lagu Jasad dan Nyawa Kalungan Budi serta Itulah Sayang yang pernah dinyanyika­n secara duet oleh Maria bersama A Ramlie.

Sementara itu, L Ramlie dan J Sham pula menyampaik­an lagu Siapa Bilang

Aku Tak Sayang dan Resam Dunia bersama-sama.

Menutup segmen itu ialah gandingan Jeffrydin dan Aiman dengan lagu Peristiwa dan Ku Rela

Dibenci yang digubah semula dengan suntikan nafas irama pop yeh yeh.

Menutup persembaha­n hampir tiga jam itu apabila semua penyanyi bergabung menyampaik­anlagu Suzanna.

Keseluruha­n persembaha­n diiringi oleh pemuzik Orkestra Tradisiona­l Malaysia (OTM) Istana Budaya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Barisan artis yang membuat persembaha­n pada Konsert Gegar Pop Yeh Yeh di Istana Budaya.
Barisan artis yang membuat persembaha­n pada Konsert Gegar Pop Yeh Yeh di Istana Budaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia