Berita Harian

Harap ada lagi konsert susulan

-

selepas konsert, A Rahman berkata, walaupun latihan hanya dijalankan dalam masa yang singkat iaitu sehari saja, beliau berpuas hati dengan persembaha­n pada malam itu.

“Kehadiran dan sokongan penonton tentunya mempengaru­hi persembaha­n. Sekiranya penonton terhibur dan berpuas hati, ia sudah cukup bagi saya.

“Saya juga harap Konsert Gegar Pop Yeh Yeh tidak tamat di sini, sebaliknya akan ada lagi konsert sama selepas ini. Malah, jika dianjurkan setiap tahun sekalipun saya tidak kisah. Selagi kesihatan mengizinka­n tentunya saya berbesar hati dapat menghiburk­an peminat,” katanya.

Sementara itu, Amira mengakui agar gementar beraksi buat julung kali di pentas IB. Begitupun, beliau amat berbangga apabila digandingk­an dengan A Rahman, yang juga penyanyi cukup dihormatin­ya.

“Saya akui lagu irama pop yeh yeh bukanlah muzik yang menjadi ‘makanan’ saya. Tapi apabila diberi peluang untuk menyanyi lagu daripada genre ini, apatah lagi bersama penyanyi yang boleh dianggap idola ramai iaitu Datuk A Rahman Hassan, tentu sekali sukar untuk saya menolaknya,” katanya.

Ku Rela Dibenci versi 60-an

Aiman pula berkata, gubahan dan susunan semula lagu popularnya

Ku Rela Dibenci adalah idea yang diberikan oleh Ketua Pengarah IB, Datuk Mohamed Juhari Shaarani.

“Saya sendiri tidak menyangka lagu Ku Rela Dibenci boleh dimasukkan irama pop yeh yeh.

Apabila menyanyi lagu yang digubah semula ini, ia tidaklah terlalu sukar, cuma saya perlu mengubah sedikit lenggok suara untuk disesuaika­n dengan iramanya.

“Malah saya berbangga apabila lagu itu dinyanyika­n secara duet dengan Datuk Jeffydin,” katanya.

 ??  ?? L Ramli
L Ramli
 ??  ?? A Rahman bersama Amira Othman.
A Rahman bersama Amira Othman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia