Berita Harian

BANTU KOMPOSER AMATUR

Judika nyanyi lagu ciptaan orang baharu dalam album terkini

-

Bagai dijanji, Judika berjaya mencipta atmosfera sebuah konsert besar di IOI City Mall, Putrajaya, Sabtu lalu, sedangkan ia hanya persembaha­n promosi sempena kemunculan single daripada album baharu, yang juga buah tangan keenamnya.

Tidak hairan, Malam

Sensasi Bersama Judika itu, yang turut menerbangk­an pemuzik pengiring dari Jakarta, mampu ‘menarik’ hampir 1,000 peminat setia yang menanti sejak jam 5 petang walaupun persembaha­n hanya bermula tiga jam kemudian.

Membawakan sembilan dendangan termasuk ciptaan peminat berjudul Jadi Aku Sebentar Saja,

antara pilihan lain tentu saja

Rayuan Gombal, Setengah Mati Merindu, Bukan Dia Tapi Aku serta Aku Yang Tersakiti.

Lagu Iklim jadi pilihan

Sinonim dengan lagu berirama cinta, malam yang dingin dan dihiasi taburan bintang di dada langit itu dirasakan semakin sarat dengan nuansa romantis sebaik saja Sampai Kau Jadi

Milikku diperdenga­rkan. Malah suami kepada model, Duma Riris, itu sempat menyuntik semangat buat penonton supaya memperjuan­gkan cinta seperti dirinya dulu yang berusaha selama enam tahun bagi mendapat persetujua­n keluarga isterinya.

Pengalaman percintaan­nya dan pasangan yang kini dikurniaka­n dua cahaya mata itu dikongsika­n menerusi lagu Mama Papa

Larang, sekali gus membuatkan khalayak dibuai emosi sepanjang persembaha­n.

Mengakhiri persembaha­n bersama lagu Iklim, Suci

Dalamdebu , nyata Judika sememangny­a menghargai peminat tidak kira di Malaysia atau Indonesia apabila berulang kali meluahkan terima kasih atas sokongan sejak awal pembabitan­nya dalam arena seni suara.

Buka peluang kepada komposer amatur

Sehari sebelum persembaha­n, naib juara

Indonesian Idol 2005 itu mengadakan pradengar album baharu untuk media tempatan dalam majlis di Menara Kuala Lumpur. Ia bakal dikeluarka­n di pasaran bulan depan.

Ditanya alasan memilih Malaysia sebagai destinasi pertama untuk sesi berkenaan, katanya, peminat di sini antara penyokong setia yang sentiasa mengikuti perkembang­an kerjayanya sejak 2005.

Kongsi pemilik nama sebenar Judika Nalon Abadi Sihotan, 38, lebih empat bulan masa diperuntuk­kan untuk proses pencarian lagu menerusi Judika Project, iaitu pertanding­an yang dibuka kepada komposer amatur.

“Pembikinan album tidak lama, tetapi proses pencarian lagu agak panjang kerana saya perlu mendengar 400 karya sumbangan peminat. Daripada jumlah itu, saya perlu memilih lima saja untuk dimuatkan dalam album ini,” katanya yang turut mencipta sebuah lagu, Iloveyou.

Rezeki Indonesian Idol

Dedah Judika, kepayahan ‘menjual’ lagu dan bakatnya suatu masa dulu membuatkan dirinya berjanji kepada diri sendiri untuk membantu penyanyi serta komposer muda lain merealisas­ikan impian.

“Saya pernah merasai kesusahan untuk mencari ruang dalam industri nyanyian. Turun naik syarikat rakaman bukan sekali dua, ada masa karya ditolak mentahment­ah, malah kaset demo dikirim juga mungkin tidak didengar.

“Ketika itu, ada pihak yang meminta saya menghasilk­an lagu seperti ST12. Mengapa mahu meniru identiti penyanyi lain, bukan? Memang pengalaman sepanjang ‘menjual’ lagu dan suara saya penuh emosi.

“Namun ketika semangat merudum, saya diterima Indonesian Idol. Sudah disuratkan rezeki saya bermula di situ. Apa pun, saya ingat janji lalu. Menyanyika­n lagu ciptaan komposer amatur ini adalah cara terbaik untuk mendorong mereka selangkah menggapai mimpi,” ungkapnya lagi.

Menariknya, beliau memaklumka­n, anak saudaranya yang tinggal sebumbung turut mengirimka­n karya tanpa pengetahua­nnya dengan menggunaka­n nama samaran dan ia hanya diketahui selepas lagunya terpilih antara lima terbaik.

Pembikinan album tidak lama, tetapi proses pencarian lagu agak panjang kerana saya perlu mendengar 400 karya sumbangan peminat” Judika, Penyanyi

 ?? [ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM / BH ] ?? Judika pada Malam Sensasi bersama Judika di IOI Mall Putrajaya.
[ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM / BH ] Judika pada Malam Sensasi bersama Judika di IOI Mall Putrajaya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia