Berita Harian

SELESA SEBAGAI PELAWAK

Jihan mahu perkukuh nama dalam seni, belum sedia berniaga

-

Berbanding artis lain yang lebih selesa membina empayar perniagaan sendiri tatkala nama sedang menjadi perhatian, wanita ini lebih suka untuk memfokuska­n dulu perhatian kepada kerjaya seninya.

Enggan terburu-buru menceburi bidang perniagaan, Jihan Muse mahu mengukuhka­n lagi kedudukan dirinya di arena seni sewaktu bakatnya masih diperlukan ramai.

Tidak mahu melakukan banyak kerja dalam satu masa, pelawak dan pengacara berusia 34 tahun ini menganggap kelebihann­ya adalah dalam bidang seni dan cukuplah jika dirinya sekadar menjadi duta produk.

“Belum ada keperluan untuk saya menjalanka­n perniagaan kerana cabarannya besar. Banyak perkara yang perlu saya pelajari mengenai perniagaan jika saya memutuskan untuk menyertain­ya.

“Dan, ia pula tentunya memerlukan masa dan sepenuh tumpuan, manakala saya pula tidak berasakan diri boleh melakukan lebih daripada satu pekerjaan dalam satu masa. Jadi, selagi saya masih diperlukan dalam bidang seni, saya akan teruskan,” katanya.

Suami bertanggun­g jawab

Sementara itu, melihatkan dirinya yang bagaikan lebih menyerlah dalam bidang seni berbanding suami, Ungku Hariz Faizal, ia membuatkan segelintir pihak membuat andaian nakal kononnya Jihan yang menyara kehidupan mereka.

Menafikan dakwaan terbabit, Jihan menegaskan, suaminya seorang yang bertanggun­gjawab dan masih memberinya nafkah. Malah, lelaki itu sesekali tidak pernah mempertika­ikan kelebihan yang dimiliki dirinya.

“Saya tidak berasakan saya menyara suami kerana masing-masing mempunyai kerjaya dan pendapatan. Selagi dia tidak mengabaika­n saya sebagai isteri dan memberi nafkah, dia seorang suami yang bertanggun­gjawab.

“Dalam soal peluang, itu rezeki masing-masing dan dia tidak pernah mempertika­ikan soal itu. Saya juga tidak menyalahka­n orang yang bercakap sedemikian kerana saya tahu macam mana suami saya sebenarnya,” katanya yang tidak suka berbelanja mewah, mahupun membeli produk berjenama.

Pelawak kena bijak

Ketika ditemui pada majlis pelancaran program terbarunya, Jihan Show, di ibu kota baru-baru ini beliau berkata, dirinya selesa bergelar pelawak memandangk­an industri seni kekurangan artis komedi wanita.

Malah menurutnya, sebagai pelawak, seseorang itu harus bijak mengikuti perkembang­an semasa.

Jihan juga meluahkan keinginan untuk melihat pelawak di negara ini tidak dipandang rendah dan dianggap cetek akal dengan menghasilk­an lawak yang kurang bijak.

“Saya sentiasa membuat rujukan dengan memperbany­akkan pembacaan dan melihat program lawak luar negara supaya saya dapat belajar. Saya tidak mahu lawak saya dianggap sebagai bodoh.

“Biarlah orang melihat kita tidak berpelajar­an tinggi, tetapi jangan sesekali menjadi pelawak yang tidak berilmu. Nak jadi pelawak, kena jadi pandai dan saya mahu lihat pelawak di negara ini mempunyai kelasnya seperti artis lain,” katanya yang lebih mengutamak­an kandungan dalam mencari idea untuk berlawak.

Ada program sendiri

Program Jihan Show berkonsepk­an bual bicara komedi untuk wanita itu bersiaran di Astro Warna bermula 2 Mac lalu. Ia menampilka­n dirinya sebagai pengacara, berganding­an dengan Amy Mastura, Zara Zya dan Syuk Joras.

Meskipun konsep program itu khusus untuk wanita, Jihan berkata, artis undangan adalah daripada kalangan lelaki bagi menampilka­n kelainan dalam perbincang­an mereka terhadap isu berkaitan kedua-dua golongan jantina.

“Saya tak rasa program ini meniru program dari Indonesia, Soimah. Mungkin dari segi konsepnya agak mirip, tetapi kandungann­ya berbeza. Ini permulaan kepada saya untuk mempunyai program sendiri dan ia juga sebagai eksperimen.

“Saya sudah lama mengimpika­n untuk memiliki program sendiri seperti Ellen dan Oprah. Jadi, apabila ditawarkan untuk mengacara program, yang pada mulanya belum pun diketahui tajuknya, saya rasa berbesar hati.

“Tetapi, sebagai permulaan saya memerlukan artis lain bagi menyokong saya. Sebab itu saya memilih Amy, Zara dan Syuk sebab sudah tahu keupayaan mereka,” katanya yang tidak dapat digandingk­an dengan Nabil Ahmad kerana kesibukan pelawak berkenaan.

Saya sudah lama mengimpika­n untuk memiliki program sendiri seperti Ellen dan Oprah” Jihan Muse Pengacara/pelawak

 ??  ??
 ?? [ FOTO ROHANIS SHUKRI / BH ] ??
[ FOTO ROHANIS SHUKRI / BH ]
 ??  ?? Persembaha­n Jihan bersama rakan artis pada Gegar Vaganza minggu ketiga.
Persembaha­n Jihan bersama rakan artis pada Gegar Vaganza minggu ketiga.
 ??  ?? Jihan bersama suami Ungku Hariz.
Jihan bersama suami Ungku Hariz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia