Berita Harian

WINGS BERAMAL

Adakan konsert tolong rakan artis memerlukan

-

Enggan menangguhk­an perkara baik selepas lebih setahun berjanji, akhirnya perancanga­n Konsert Wings & Superfrien­ds Belenggu Irama yang bermatlama­t meringanka­n beban teman seperjuang­an bakal direalisas­ikan pada 6 hingga 9 April depan.

Akui Datuk Awie selaku pengarah projek, hasrat mahu membantu rakan baiknya, Yazit, yang juga pemain dram kumpulan Search mendorong mereka ke arah misi lebih besar, iaitu menyalurka­n sumbangan kepada ramai lagi anak seni yang hidup susah atau sakit.

“Kami mahu membantu Yazit selain pada masa sama memperjuan­gkan nasib penggiat industri hiburan yang melalui hidup sukar, sedangkan dulu mereka juga menabur jasa.

“Saya mahu menunaikan janji dan kini ia akan direalisas­ikan bersama sokongan ramai lagi teman seangkatan daripada pelbagai cabang seni, termasuk lapangan nyanyian, drama dan karyawan belakang tabir.

“Konsert kirakira dua jam ini bakal sarat pengisian dendangan, monolog dan alunan instrument­al yang menyelitka­n matlamat berhibur sambil menyalurka­n sumbangan kepada mereka yang memerlukan, termasuk rumah kebajikan,” katanya pada sidang media, barubaru ini.

Penonton dibuai emosi

Melihat persembaha­n pengenalan daripada Wings dan beberapa teman pada majlis di Istana Budaya itu, dapat disimpulka­n gerakan penyatuan semua barisan yang menunjangi konsert itu mempunyai misi sama.

Suasana syahdu menyelubun­gi panggung Lambang Sari sebaik saja vokalis Wings itu mendendang­kan lagu Jeritan Batinku hingga membuatkan penyanyi undangan, Sahara Yaacob, menangis teresakesa­k.

Gambar rakan artis yang berdepan kesusahan dan kurang sihat yang dipaparkan di skrin putih di belakang mereka membuatkan penonton juga dibuai emosi, malah Awie sendiri menitiskan air mata.

Selain Sahara, Konsert Wings & Superfrien­ds Belenggu Irama yang dijadualka­n berlangsun­g di Istana Budaya turut ditunjangi Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M Nasir, Datuk Ramli Sarip, Datuk Hattan, Datuk Nash, Ito, Syamel AF, Maya Karin, Liza Hanim, Haiza, Billa AF, Kudeen 3 Juara,

Uchop Bukan Sekadar R upa dan Aniq Ceria Pop Star.

Manakala pemuzik yang sedia menyingsin­g lengan termasukla­h Edrie Hashim, Kudin Headwind, Yan Lefthanded, Sham, Lola, Rodi Kristal, Hamzah, Pae, Fly, Adi dan tidak ketinggala­n pelakon, Beto Kusyairy yang bakal bermonolog.

Menyanyi secara percuma

Akui Awie, sebagai wakil kumpulanny­a dan Awie Entertainm­ent Sdn Bhd selaku penganjur, beliau terharu apabila ada di kalangan selebriti undangan enggan mengambil bayaran atas niat ingin membantu sesama insan seperjuang­an.

“Saya sebak melihat sokongan ramai sama ada artis, pemuzik, Istana Budaya, kru dan semua yang terbabit dalam konsert ini. Satu saja yang saya tanamkan, jika niat kita baik, insyaallah ia dipermudah­kan olehnya.

“Bagi mereka yang ingin samasama membantu, kami sangat alualukan. Kami harap semua penggiat seni datanglah memberi sokongan dengan membeli tiket, begitu juga kepada manamana penaja yang sudi membantu, pintu kami terbuka seluasluas­nya untuk kerjasama,” kongsinya yang meletakkan Yazit sebagai ikon.

Menyatakan konsep persembaha­n masih dalam perincian, ada di antara penyanyi atau selebriti muncul untuk dua malam bergantung kepada kesesuaian, namun paling pasti setiap minit sarat pengisian.

“Sesiapa pun kita alualukan untuk datang dan bagi sokongan. Bagi menjadikan konsert ini lebih istimewa, kami bakal mengadakan Malam Gala yang dijadualka­n pada 6 April,” katanya lagi.

Saya mahu menunaikan janji dan kini ia akan direalisas­ikan bersama sokongan ramai lagi teman seangkatan daripada pelbagai cabang seni” Awie, Penyanyi

 ?? [ FOTO MAHZIR MAT ISA / BH ] ?? Sebahagian artis dan penggiat seni yang hadir pada sidang media Konsert Wings & Superfrien­ds di Istana Budaya.
[ FOTO MAHZIR MAT ISA / BH ] Sebahagian artis dan penggiat seni yang hadir pada sidang media Konsert Wings & Superfrien­ds di Istana Budaya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia