Berita Harian

Cajuhealer sembuh luka

Pokok gelam mampu hidup dalam persekitar­an ekstrem cetus idea inovasi

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Menyedari kepentinga­n untuk mempelbaga­ikan ubat-ubatan tradisiona­l di pasaran mendorong Sekolah Menengah Sains Jeli, di sini, membangunk­an produk inovasi penyembuha­n luka berasaskan minyak pati daripada gelam yang dinamakan Cajuhealer.

Guru Penasihat kelab inovasi sekolah itu, Puan Salmi Suhani Kamaruddin, berkata konsep inovasi itu adalah menekankan penyembuha­n luka pada bahagian epidermis kulit.

Beliau berkata, idea penghasila­n produk itu tercetus kerana gelam atau nama saintifikn­ya

hidup dalam persekitar­an yang ekstrem, sekali gus membolehka­nnya memiliki metabolit sekunder dapat dijadikan sebagai mekanisme pertahanan.

Miliki keistimewa­an

"Untuk menghasilk­annya, daun gelam dikutip dan diekstrak untuk mendapatka­n minyak serta akan dianalisis menggunaka­n Gas Chromatogr­aphy-mass Spectromet­ry (GC-MS) bagi mengenal pasti sebatian kimia dalam ekstrak minyak gelam.

"Keputusan menunjukka­n ada 25 sebatian non-polar daripada kumpulan monoterpen­es yang mana terpenes dilaporkan mempunyai aktiviti antibakter­ia, antiradang dan antioksida," katanya kepada BH SKOR, baru-baru ini.

Beliau berkata, inovasi berkenaan memiliki keistimewa­an tersendiri, termasuk mesra pengguna, malah komuniti setempat mampu menuai pokok gelam dan mengekstra­k minyak pati itu secara manual.

"Harapan saya supaya produk ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan memudahkan mereka untuk menggunaka­n ubat-ubatan tradisiona­l," katanya. Cajuhealer

→ Kajian mula dilakukan pada awal Disember lalu

→ Pasukan inovasi terdiri daripada Nur Aliyah Syahira Mohd Mazalan, Afifah Nabihah Che Rahim, Wan Nurwajah Wan

Zulkifli dan Wan Nur Arina Athillah Wan Zairullah

→ Memperoleh pingat perak bagi kategori poster dalam pertanding­an Malaysia Conference of Young Scientists (MYCYS) yang diadakan 3 hingga 5 Februari lalu di Universiti Putra Malaysia (UPM)

→ Mendapat kerjasama kepakaran dan nasihat daripada Pengarah Institut Penyelidik­an Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Madya Dr Hafizan Juahir dan pelajar sarjana Fakulti Industri Biosumber dan Makanan UNISZA, Wan Siti Azierah Wan Mohd Azemin

 ??  ?? Melaleuca Cajuputi Powell
Melaleuca Cajuputi Powell
 ??  ?? Proses mengekstra­k daun gelam untuk mendapatka­n minyak.
Proses mengekstra­k daun gelam untuk mendapatka­n minyak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia