Berita Harian

3 SUSPEK BUNUH JONG-NAM DIPERCAYAI MASIH BERSEMBUNY­I DI KEDUTAAN KOREA UTARA

-

Georgetown: Polis percaya tiga suspek warga Korea Utara yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Kim Jongnam masih bersembuny­i di Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya percaya ada tiga suspek di Kedutaan Korea Utara, termasuk kakitangan syarikat penerbanga­n Air Koryo.

“Berapa lama lagi mereka hendak bersembuny­i di kedutaan itu. Jika suspek enggan menyerah diri dengan baik, kita akan guna alternatif lain terhadap mereka.

Keluar waran tangkap

“Ia akan dibuat mengikut Seksyen 111 Kanun Keseksaan, selain polis bersedia mengeluark­an waran tangkap ke atas semua suspek terbabit dan kita juga bersedia untuk menunggu mereka serah diri, biarpun ambil masa lima tahun lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidanga­n Penguatkua­saan Dadah Antarabang­sa (IDEC) Rantau Timur di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Serantau Idec-agensi Penguatkas­aan Dadah Rantau Timur, Jesse R Fong dan Duta Amerika Syarikat di Malaysia, Kamala Shirin Lakhdir.

Bunuh guna racun ajen saraf VX

Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jongun, dibunuh menggunaka­n racun dikenal pasti ajen saraf VX ketika mangsa menunggu di balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), pada 13 Februari lalu.

Sementara itu, Khalid meminta peguam atau keluarga tertuduh kes bunuh Nam mengemukak­an permohonan kepada Peguam Negara, jika mahu bedah siasat kedua dijalankan ke atas mangsa.

Ia susulan pihaknya ada menerima permohonan peguam kepada tertuduh wanita dari Vietnam.

Dalam pada itu, Khalid yakin polis mampu mendapatka­n profil asid deoksiribo­nukleik (DNA) waris Jong-nam bagi mengenal pasti dan mengesahka­n identiti sebenar mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia