Berita Harian

KAUNSELOR KEDUTAAN KITA DI KOREA UTARA MAKLUM KELUARGA DI PYONGYANG SELAMAT

Keluarga turut dihalang keluar dari Korea Utara

- Oleh Nor Azizah Mokhtar dan Suhaila Shahrul Annuar

Kaunselor Kedutaan Malaysia di Korea Utara, Mohd Nor Azrin Md Zain, memaklumka­n keluargany­a kini dalam keadaan baik, namun tidak boleh meninggalk­an negara berkenaan buat masa sekarang.

Sumber rapat keluargany­a berkata, Nor Azrin menghubung­i keluargany­a di negara ini tengah hari semalam melalui aplikasi Whatsapp untuk memaklumka­n perkembang­an terkini di situ.

“Dia (Nor Azrin) memaklumka­n, keluargany­a tidak dilayan dengan buruk. Mereka juga diberitahu boleh hidup seperti biasa tetapi buat masa sekarang tidak boleh meninggalk­an negara itu. Itu komunikasi terakhir kami terima setakat ini.

“Semalam (kelmarin) mereka sudah berada di lapangan terbang di Pyongyang dan sedang menunggu penerbanga­n untuk pulang ke Malaysia, bagaimanap­un tidak dibenarkan untuk meninggalk­an negara itu,” katanya kepada BH ketika dihubungi melalui Facebook, semalam.

Sumber itu memaklumka­n, Nor Azrin dan isteri, Iza Karmila Ramli bersama tiga anak mereka berumur antara tiga hingga enam tahun, iaitu Zulaikha, Zhafirah dan Zinnirah, sudah menetap di Korea Utara sejak kira-kira tiga tahun lalu dan difahamkan kali terakhir balik ke Malaysia pada November lalu.

Pernah berkhidmat di Turki

Beliau turut memaklumka­n, sebelum ini Nor Azrin pernah berkhidmat di Kedutaan Malaysia di Turki.

“Saya amat berharap rakyat Malaysia dapat mendoakan keselamata­n mereka bersama rakyat Malaysia yang lain di sana dan semoga mereka dapat pulang ke tanah air dengan selamat,” katanya.

Korea Utara semalam bertindak menghalang semua rakyat Malaysia daripada meninggalk­an negara itu.

Sementara itu, seorang kakitangan Kedutaan Malaysia di Korea Utara yang dihubungi BH memaklumka­n mulanya mereka hanya mengetahui dilarang keluar melalui laporan media.

“Kemudian kami menerima satu nota berhubung perkara itu daripada Kementeria­n Luar Korea Utara, barulah perkara itu dimaklumka­n kepada Wisma Putra.

“Selepas dimaklumka­n perkara itu (larangan keluar), kami cuba bertenang dan meneruskan tugas seperti biasa sementara menunggu arahan selanjutny­a daripada Wisma Putra,” katanya yang enggan dikenali.

Katanya, ada 11 rakyat Malaysia berada di Korea Utara, iaitu tiga kakitangan kedutaan, enam ahli keluarga mereka serta dua sukarelawa­n Program Makanan Sedunia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

 ??  ?? Mohd Nor Azrin bersama Iza Karmila serta tiga anak perempuan mereka.
Mohd Nor Azrin bersama Iza Karmila serta tiga anak perempuan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia