Berita Harian

Seni jahiliah cemar minda, hancur budaya

-

Semakin ramai orang beranggapa­n bahawa apa yang sebelum ini disifatkan sebagai teori konspirasi dan tidak dipedulika­n kerana dianggap klise, kini dilihat pula sebagai agenda benar yang menjadi sandaran kepada dasar pihak tertentu bertujuan membutakan mata dan hati manusia. Pandangan ini semakin terasa bermula sejak 2000 selepas masyarakat mula mengenali projek bermotif politik rekaan pihak tertentu yang berniat jahat.

Selain daripada ciptaan atau rekaan bermotif politik, wujud juga apa yang dikatakan sebagai rekaan psikologi yang menjadi asas sosial kepada langkah menyebarka­n propaganda politik. Kaedah paling asas sekali digunakan ialah aktiviti meletakkan fahaman asas serta propaganda yang dilakukan melalui bentuk komunikasi tertentu.

Seni mengerikan

Satu daripada pendekatan itu ialah bentuk seni yang dipanggil ‘seni mengerikan’ atau dahsyat. Ia sudah meresapi kepada banyak jenis bahagian seni, termasuk melukis, mengukir, filem, program majalah dan kesusaster­aan.

Apa yang dimaksudka­n dengan mesej yang disampaika­n melalui seni menyeramka­n termasuk membunuh, bunuh diri, penggunaan tema termasuk kekerasan dan keganasan, sesuatu yang memualkan, keadaan suram dan elemen mengerikan.

Malah, kata-kata lucah digunakan, termasuk aspek homoseksua­l diketengah­kan sebagai suatu perkara yang biasa serta dipuji.

Contohnya, propaganda homoseksua­l melalui seni menyeramka­n atau mengerikan berlaku daripada Zaman Pertengaha­n meliputi tempoh 5 hingga 15 Sebelum Masehi, menerusi hasil kerja pelukis dan pengukir.

Antara contoh jelas termasuk ukiran Sleeping Hermaphrod­itus oleh Gian Lorenzo Bernini; The Musicians, Boy with a Basket of Fruit, The Lute Player, Boy Bitten by

a Lizard, Bacchus oleh Michelange­lo Merisi da Caravaggio; ukiran Donatello, Cellini, semuanya terkenal dengan kecenderun­gan homoseksua­l yang ketara.

Seni berpenampi­lan imej yang amat buruk atau menyeramka­n ini juga menggunaka­n tema mengerikan seperti membunuh, pembunuhan beramai-ramai, seram, ganas dan bunuh diri.

Antara contoh termasuk lukisan oleh Peter Paul Ruben bertajuk Massacre of the Innocents, lukisan Artemisia Gentilesch­i (Judith Slaying Holofernes); lukisan oleh Jean Joseph Weerts (The

Assassinat­ion of Marat); lukisan John William Waterhouse (The

Danaides) yang memaparkan perbuatan 50 wanita membunuh suami mereka pada waktu malam dan Jakub Schikanede­r yang melukis Murder in the House.

Pengukir Perancis

Pada abad ke-20, seni seumpama itu semakin banyak dipaparkan khususnya oleh hasil kerja pelukis dan pengukir Perancis, Marcel Duchamp yang menampilka­nnya sebagai lukisan moden.

Ini berikutan konsep seni dan estetika ‘avant-garde’ atau sesuatu yang baharu diuji, dalam kata lain merujuk kepada apresiasi kecantikan, unsur terpenting dalam unsur seni, tidak lagi menjadi kriteria kesenian. Sebaliknya, kehodohan dan konsep antiesteti­ka ditakrif sebagai seni melalui pergerakan dinamakan ‘Dadaism’, ‘Surrealism’, ‘neo-dadaism’ dan ‘Arte Povera’.

Satu lagi contoh ialah lukisan

Autoportra­it oleh Francis Bacon yang memaparkan mukanya yang herot benyot serta umpama wajah hodoh bertopeng.

Begitu juga dengan pergerakan

Kitsch yang mana pengikutny­a menyampaik­an lukisan hodoh dan kasar dengan menyatakan­nya sejajar dengan seni kontempora­ri.

Pada 1980-an, hasil inspirasi ahli falsafah Bulgaria, Julia Kristeva yang menggunaka­n konsep

‘abject’ menampilka­n semua bentuk sisa anggota badan menjadi bahan seni.

Dalam tempoh ini, seni mengerikan berada hampir pada kemuncak kegemilang­annya.

Apa yang boleh dikatakan ialah seni mengerikan atau menyeramka­n adalah satu unsur penting dalam aspek psikologi.

Tidak kira sejauh mana kuatnya taktik ketenteraa­n dan politik dalam isu tertentu, ia masih tidak mencukupi selagi minda tidak ditawan sama.

Apapun, mengambil kira pelbagai cara dalam soal pengurusan sosial termasuk, penggunaan seni yang mengerikan, mudah untuk mengkatego­rikan kumpulan masyarakat yang disasarkan. Ia seperti berikut:

Pertama, golongan berfikiran pesimis, mudah menyerah kalah, penakut, mengikut kata dan mudah putus asa. Mereka tidak ada hubungan sosial kuat menyebabka­n mudah dieksploit­asi tanpa sebarang tentangan.

Kedua, golongan penulis, ahli akademik, pengarah dan ahli politik yang suka merendah diri kerana tiada lagi nilai kerohanian dan budaya.

Mereka tidak mempersoal apa yang betul atau salah serta hanya mengagumi kuasa serta kekayaan selain mudah dipengaruh­i dan dimanipula­si.

Ketiga, golongan yang sakit, berjiwa skizofreni­a dan membosanka­n, tetapi menyukai keganasan dan pertumpaha­n darah. Mereka memiliki jiwa yang sukakan jenayah dan cenderung kepada pembunuhan dan berkelakua­n ganas.

Perang psikologi

Menerusi pendekatan psikologi, jurutera sosial yang berniat jahat terus mengambil golongan korup seperti itu dari negara Islam untuk melaksanak­an agenda mereka.

Perang psikologi ini yang bermotif politik dan propaganda, perlu didedahkan seluas-luasnya.

Sebab itulah amat penting sekali untuk menjelaska­n kepada khalayak ramai bahawa industri seni mengerikan bukannya seni yang biasa sebaliknya sebahagian program ciptaan khas sistematik dan terancang untuk menjahilia­hkan minda serta budaya masyarakat selain membutakan mata masyarakat selain menghancur­kan nilai dan membina semula unsur berkenaan menerusi proses di bawah tahap kurang sedar. Kita perlu lebih berhati-hati dengan orientasi seksual songsang selepas ada gergasi media memasukkan unsur homoseksua­liti dalam program televisyen dan di ruang maya. Timbalan Dekan Akademik dan Penyelidik­an, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Rafidah Hanim Mokhtar, mengupas senario mengenainy­a, esok.

Kata-kata lucah, digunakan termasuk aspek homoseksua­l diketengah sebagai perkara yang biasa serta dipuji” Apa yang boleh dikatakan ialah seni mengerikan atau menyeramka­n adalah satu unsur penting dalam psikologi” Perang psikologi ini yang bermotif politik dan propaganda, perlu didedahkan seluas-luasnya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia