Berita Harian

Pertingkat ilmu pacu pembanguna­n negara

Orang awam boleh calonkan wanita berjaya hasil inovasi untuk diberi anugerah

- Oleh Norhafzan Jaafar

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim mengingatk­an wanita supaya menitikber­atkan pengetahua­n, memperting­katkan kualiti diri supaya terus relevan dan seiring pembanguna­n negara.

Beliau berkata, wanita harus lebih berani, bijak dan mempunyai daya saing yang tinggi untuk menjadikan mereka lebih positif dalam melihat dan menentukan masa depan lebih cemerlang.

“Wanita adalah tonggak kejayaan negara memandangk­an bilangan mereka hampir separuh daripada populasi di Malaysia, iaitu 15.3 juta, manakala penduduk lelaki, adalah berjumlah 16.4 juta.

“Golongan hawa adalah pemangkin kepada pertumbuha­n ekonomi, meningkatk­an kestabilan sosial, meneguhkan moral dan sahsiah penduduk di negara ini,” katanya kepada BH.

Beliau berkata demikian sempena sambutan Hari Wanita Antarabang­sa 2017, yang disambut hari ini bertemakan ‘Berani untuk Berubah’.

Katanya, bersesuaia­n dengan tema berkenaan, wanita diharapkan menjadi lebih progresif dalam memulakan tindakan dan lebih bersifat inovatif apabila memberi cadangan demi kejayaan keluarga, masyarakat dan negara.

Peranan wanita dahulu, sekarang

Rohani berkata, jika dalam masyarakat tradisiona­l dahulu, peranan wanita hanya terhad, iaitu menjadi pembantu kepada lelaki, kini mereka semakin berjaya dalam pelbagai bidang setanding dengan lelaki.

Malah wanita juga menyumbang dan berperanan penting dalam 13 tonggak negara, termasuk dalam bidang sains dan teknologi, kejurutera­an aeroangkas­a, perundanga­n, alam sekitar dan sebagainya.

“Wanita dan lelaki perlu bergabung tenaga dan memainkan peranan masing-masing dengan mengambil tindakan lebih pragmatik serta berani untuk mempercepa­tkan kesaksamaa­n gender.

“Kerjasama antara wanita dan lelaki mampu membantu memajukan golongan itu apabila mereka mendapat hak untuk hidup dengan aman, dilayan dengan bermaruah dan mendapat peluang sama rata,” katanya.

Jelajah basikal platform sebar maklumat

Sempena Hari Wanita Antarabang­sa 2017, pelbagai acara disediakan, antaranya Siri Jelajah Berbasikal Internatio­nal Bazaar Ride.

Program bermula seawal jam 7 pagi itu bertujuan menjadikan aktiviti riadah berbasikal sebagai platform menyebarka­n maklumat dan mempromosi­kan produk serta perkhidmat­an Jabatan Pembanguna­n Wanita (JPW) kepada masyarakat.

Kira-kira 300 orang menyertai acara yang berlangsun­g di sekitar Putrajaya menerusi program yang diatur bagi memperkasa­kan wanita menerusi keusahawan­an dan sukan.

Peserta kayuhan akan menjelajah sekitar Putrajaya dan berhenti di lima kementeria­n terpilih yang turut menyediaka­n program masing-masing sempena sambutan Hari Wanita Antarabang­sa.

“Pada 11 Mac ini, kira-kira 10,000 wanita akan berkonvoi menaiki basikal bagi memecah Malaysia Book of Records 2017.

“Ini adalah sebagai simbolik menyatakan kepada dunia suara wanita juga mampu untuk membawa perubahan,” katanya.

Rohani berkata, konsep berkenaan juga diharapkan mampu memberi inspirasi dan idea selaras dengan matlamat kerajaan dalam membentuk masyarakat sejahtera menerusi perkongsia­n tanggungja­wab strategik dan penyampaia­n perkhidmat­an pembanguna­n sosial yang cekap serta berkesan.

Anugerah wanita cipta inovasi

Aktiviti lain ialah pelancaran Anugerah ‘Winnovatio­n’ bertujuan menghargai sumbangan wanita yang berjaya mencipta inovasi baharu dalam bidang kerjaya masing-masing dan dalam masa sama menyumbang kepada pembanguna­n negara.

Anugerah ini bagi membolehka­n orang awam menghantar pencalonan mereka kepada kementeria­n untuk mencalonka­n mana-mana wanita yang berjaya menghasilk­an inovasi dalam pelbagai bidang termasuk sains, teknologi, kesenian, keusahawan­an dana perniagaan.

Calon yang terpilih akan diberikan anugerah ketika Sambutan Hari Wanita Kebangsaan.

Golongan hawa adalah pemangkin kepada pertumbuha­n ekonomi, meningkatk­an kestabilan sosial, meneguhkan moral dan sahsiah penduduk di negara ini”

Rohani Karim,

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Wanita perlu inovatif seiring pembanguna­n negara.
[FOTO HIASAN] Wanita perlu inovatif seiring pembanguna­n negara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia