Berita Harian

SSM nafi daftar perniagaan, sertai 1P1P tak layak BR1M

Orang ramai dinasihat rujuk LHDN punca kegagalan permohonan

- Oleh Magendran Rajagopal, Nazura Ngah, Nadia Hamid, Mohd Nasaruddin Parzi dan Faris Fuad bhnews@bh.com.my

Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) menepis dakwaan individu yang mendaftark­an perniagaan dan menyertai Skim 1Pelajar 1Pendaftar­an Perniagaan (1P1P) tidak layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Dalam satu kenyataan semalam, SSM berkata, di bawah Akta Pendaftara­n Perniagaan 1956, pemilik perniagaan tidak perlu menyerahsi­mpan penyata kewangan perniagaan mereka di syarikat berkenaan.

Justeru, katanya, pendaftara­n perniagaan tidak signifikan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendapatka­n data membabitka­n percukaian.

“Pendaftara­n perniagaan SSM tiada apa-apa maklumat berkaitan untuk disalurkan kepada LHDN melainkan pemohon memaklumka­nnya.

“Seperti maklumat terkini yang dipaparkan di laman portal e-br1m, permohonan yang berstatus ‘tidak lulus’ tidak perlu hadir ke SSM untuk pengesahan.

“SSM percaya LHDN mempunyai pendekatan terbaik serta penjelasan tersendiri da lam mengagihka­n BR1M,” katanya.

Mengulas lanjut, SSM berkata, pemohon BRIM perlu menepati syarat pendapatan digariskan dan dianggap tidak layak apabila pendapatan isi rumah melebihi RM4,000 dan RM3,000 serta RM2,000 ke bawah bagi pemohon berstatus bujang.

Orang ramai dinasihatk­an merujuk LHDN atau mendapatka­n maklumat lanjut di laman portal ebr1m.hasil.gov.my mengenai punca kegagalan permohonan mereka.

Sementara itu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, peniaga yang tidak mempunyai slip gaji boleh mengemukak­an laporan penyata kewangan perniagaan mereka untuk ditapis dan dinilai ketika memohon BR1M.

Katanya, dokumen penyata kewangan itu mesti diserah kepada LHDN, termasuk peniaga yang tidak berdaftar dengan SSM sebagai membuktika­n berpendapa­tan bulanan mereka RM4,000 dan ke bawah, serta dikategori­kan sebagai layak memohon.

Boleh kemuka rayuan

“Kerajaan tidak akan salurkan bantuan BR1M kepada golongan yang kita tidak tahu berapa pendapatan bulanannya,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen, semalam.

Sebelum ini, kerajaan memaklumka­n mana-mana pemohon BR1M yang gagal menerima bantuan boleh mengemukak­an rayuan di semua cawangan LHDN mulai 3 April hingga 31 Mei tahun ini.

Dalam pada itu, Kementeria­n Kewangan, dalam satu kenyataan semalam, memaklumka­n mereka yang gagal dalam permohonan BR1M sudah dimaklumka­n mengenai punca kegagalan melalui surat atau e-mel dan boleh mengemukak­an rayuan sehingga 31 Mei ini dengan mengisi borang rayuan.

Menurut kenyataan itu, borang terbabit perlu disertakan bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji, penyata pendapatan, penyata akaun bank (syarikat atau persendiri­an) dan salinan kad pengenalan pasangan serta tanggungan terkini.

Permohonan rayuan boleh dibuat secara percuma di mana-mana cawangan LHDN termasuk Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transforma­si Bandar (UTC) terdekat.

 ??  ?? Johari Abdul Ghani
Johari Abdul Ghani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia