Berita Harian

Desakan sekat dakwah Dr Zakir Naik tak berasas

-

Tindakan Hindraf dan sekumpulan 19 orang aktivis hak asasi yang menuduh penceramah tele-da‘i dari India, Dr Zakir Abdul Karim Naik sebagai ‘ancaman terhadap keselamata­n negara’ dan mendesak Kerajaan Malaysia supaya ‘menghalang­nya daripada memasuki negara ini dan menahan beliau sekiranya dia berada di negara ini, serta segera mengusirny­a tidak lain hanya menggambar­kan kedangkala­n pengetahua­n, sikap tertutup, cara berfikiran sempit dan emosi kebencian tidak berasas.

Tokoh Maal Hijrah Malaysia 2013, dituduh sewenang-wenang sebagai ‘orang yang tidak dikehendak­i’ dan sebagai ‘penyebar rasa kebencian.’ Kumpulan yang mendesak tindakan ke atasnya sering menggunaka­n alasan tindakan yang diambil oleh Kerajaan India, United Kingdom dan Kanada terhadap beliau.

Bagaimanap­un, negara Islam umumnya mengiktira­f kebolehan dan kepakarann­ya, termasuk Malaysia, Arab Saudi dan juga Indonesia.

Syarahan, kuliah dapat tajaan

Di Malaysia, masyarakat Islam menerimany­a dengan baik dan beliau mendapat tajaan kerajaan negeri dan universiti bagi menjayakan program-programnya.

Mengikuti syarahan dan kuliah yang disampaika­n beliau, tidak ditemui anjuran membenci dan bermusuh antara penganut pelbagai agama.

Bahkan beliau sering menegaskan bahawa program-programnya bertujuan mewujudkan keharmonia­n antara kaum dan agama dan tidak bertujuan menimbulka­n kebencian dan permusuhan.

Petah berhujah secara terbuka

Kelebihan dan kepetahann­ya dalam menjelaska­n perbezaan antara agama dan kandungan pelbagai kitab agama adalah wacana yang perlu dirai secara terbuka dan rasional berasaskan ilmu dan intelek, bukan dengan ‘menutup mulut’ beliau.

Kami bersama gerakan Wadah Pencerdasa­n Umat (WADAH) menggesa Kementeria­n Dalam Negeri bersikap lebih objektif dan profesiona­l, tidak tunduk kepada desakan kumpulan kecil yang tidak mewakili masyarakat terbanyak berfikiran terbuka.

Sebenarnya tindakan mereka yang demikian itulah yang menambah kebencian dan menjarakka­n lagi jurang perbezaan antara penganut agama, khususnya antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

Justeru, atas sebab itu kami mengalu-alukan kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa Zakir Naik bebas bergerak di Malaysia dan beliau tidak termasuk dalam senarai individu yang mengancam keselamata­n negara.

WADAH meminta semua pihak supaya melihat kepelbagai­an yang ada di negara ini sebagai satu kelebihan dan berusaha mengurusny­a dengan cara lebih bijaksana berasaskan ilmu dan fakta, bukan emosi dan perasaan.

Abdul Halim Ismail, Naib Presiden ABIM

Syarahan dan kuliah yang disampaika­n beliau, tidak ditemui anjuran membenci dan bermusuh antara penganut pelbagai agama. Bahkan beliau sering menegaskan bahawa programnya bertujuan mewujudkan keharmonia­n antara kaum dan agama”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Syarahan yang disampaika­n Zakir Naik sering mendapat sambutan daripada ramai pihak.
[FOTO HIASAN] Syarahan yang disampaika­n Zakir Naik sering mendapat sambutan daripada ramai pihak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia