Berita Harian

Kepentinga­n komunikasi visual

Topikini membolehka­n pelajar peroleh markah yang baik menerusi kajian rekaan seni visual

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my Shah Alam

Komunikasi visual adalah topik dalam mata pelajaran Seni Visual Tingkatan Lima yang mana proses penyaluran maklumat itu adalah menggabung­kan elemen kesenian, lambang, tipografi, gambar, reka bentuk grafik, ilustrasi, dan warna.

Guru Seni Visual Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, Puan Nor Shellena Ismail, berkata topik itu juga membolehka­n pelajar memperoleh markah yang baik menerusi kajian rekaan seni visual (kerja kursus) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Hasil produk

Beliau berkata, pelajar turut didedahkan dengan penggunaan multimedia seperti elemen animasi dan bagaimana untuk membina sesebuah laman web yang bermutu.

“Bagi mendapatka­n markah yang baik dalam peperiksaa­n, pelajar perlu melengkapk­an diri dengan pelbagai kemahiran, terutama dalam membangunk­an kajian sesuatu produk secara terancang, kreatif dan inovatif.

“Tidak dinafikan kami (guru) akan membimbing mereka sepanjang tempoh penyediaan produk ini, namun perkembang­an idea, olahan dan sumber ilham adalah bergantung sepenuhnya kepada usaha pelajar itu sendiri,” katanya kepada BH

SKOR, baru-baru ini. Menerusi kertas tiga peperiksaa­n mata pelajaran itu, pelajar mesti menghasilk­an satu folio dan satu produk dengan diberikan masa selama tujuh bulan bermula bulan ini untuk menyiapkan tugasan topik komunikasi visual yang dipilih.

Elemen KBAT

Puan Nor Shellena berkata, komunikasi visual turut merangkumi kerja seni grafik, reka bentuk penerbitan dan identiti korporat seperti logo, simbol, pembungkus­an, selain pendedahan reka bentuk grafik dan pengiklana­n seperti tipografi, ilustrasi, poster dan grafik persekitar­an.

“Subjek ini menerapkan elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) kepada pelajar terutama untuk mempelbaga­ikan idea dan konsep sesuatu produk yang dihasilkan.

“Harapan saya supaya pelajar berusaha dengan lebih gigih bagi memastikan sekolah ini mencapai keputusan cemerlang dalam mata pelajaran

Seni Visual pada SPM tahun ini,” katanya.

 ??  ?? Pelajar kelas 5 Perniagaan 2 mempamerka­n lukisan seni yang mereka hasilkan.
Pelajar kelas 5 Perniagaan 2 mempamerka­n lukisan seni yang mereka hasilkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia