Berita Harian

Dapatkan bantuan Beijing sebagai orang tengah redakan ketegangan kerana China mempunyai pengaruh ke atas Pyongyang dan akrab dengan KL: Pakar

-

Kuala Lumpur: Malaysia boleh mendapatka­n bantuan Beijing menjadi orang tengah untuk meredakan ketegangan dengan Pyongyang, sekali gus menyelesai­kan isu sekatan Pyongyang terhadap rakyat Malaysia di Korea Utara.

Pakar Geostrateg­is, Azmi Hassan, berkata Malaysia dan Korea Utara boleh menerima China sebagai orang tengah kerana Beijing mempunyai pengaruh ke atas Pyongyang dan pada masa sama, memiliki hubungan akrab dengan Kuala Lumpur.

“Berunding dengan Korea Utara melalui perantara, Beijing yang boleh diterima kedua-dua pihak. Tindakan itu jalan terbaik supaya tidak memburukka­n lagi keadaan,” katanya kepada BH, semalam.

Ugutan kepada Malaysia

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Malaysia akan mengambil tindakan berdasarka­n Konvensyen Geneva untuk menyelesai­kan isu sekatan oleh Pyongyang.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, kerajaan mengeluark­an arahan sama terhadap warga Korea Utara kerana mengesyaki rakyat negara itu terbabit dalam kes pembunuhan abang pemimpin negara berkenaan, Kim Jong-nam dan masih berlindung di kedutaanny­a di Kuala Lumpur.

Bagaimanap­un, katanya, tindakan Korea Utara menyekat 11 rakyat Malaysia keluar dari negara berkenaan disifatkan sebagai ugutan kepada Malaysia berikutan tidak mengikut telunjukny­a dalam kes siasatan pembunuhan Jong-nam.

“Tindakan kerajaan tidak merujuk isu ini ke PBB untuk mengelakka­n isu menjadi lebih panas kerana ada banyak kuasa besar di PBB akan mencuri kesempatan ini menghukum Korea Utara, sekali gus memburukka­n hubungan Kl-pyongyang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia