Berita Harian

Malaysia akan ambil tindakan berdasarka­n Konvensyen Geneva bagi selesaikan isu sekatan keluar oleh Pyongyang terhadap rakyat Malaysia: TPM

Selesai isu sekatan keluar oleh Pyongyang terhadap rakyat kita

- Oleh Nazura Ngah, Mohd Nasaruddin Parzi dan Faris Fuad bhnews@bh.com.my Kuala Lumpur

Malaysia akan mengambil tindakan berdasarka­n Konvensyen Geneva bagi menyelesai­kan isu sekatan keluar oleh Pyongyang terhadap pegawai dan kakitangan Kedutaan Malaysia di Korea Utara, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia tidak akan merujuk kepada Majlis Keselamata­n Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) tindakan terbaru negara komunis itu.

“Kita akan mengambil beberapa tindakan berdasarka­n Konvensyen Geneva yang kita tandatanga­ni sebagai sebuah negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan negara lain,” katanya pada sidang media di Dewan Rakyat, semalam.

Tak putus hubungan

Beliau berkata, Malaysia juga belum sampai ke tahap untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Pyongyang.

Bagaimanap­un, katanya, Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen sudah diberi arahan untuk menghalang pegawai dan kakitangan Kedutaan Korea Utara di sini, meninggalk­an Malaysia mene- rusi pintu keluar di seluruh negara.

Ditanya sama ada wujud sebarang ancaman terhadap rakyat Malaysia yang kini berada di negara itu, Ahmad Zahid berharap tiada ancaman timbul susulan perkembang­an terbabit.

“Kita tidak berhasrat untuk bertindak balas, tetapi inilah yang harus dilakukan apabila negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia melakukan tindakan di luar ketatasusi­laan dan kelaziman diplomatik.

“Malaysia terpaksa ambil tindakan sama kerana mereka sudah memanipula­sikan kes pembunuhan (abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, Kim Jong-nam) ini,” katanya.

Malaysia terpaksa ambil tindakan sama kerana mereka sudah memanipula­sikan kes pembunuhan (abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, Kim Jongnam) ini” Ahmad Zahid Hamid, Timbalan Perdana Menteri

 ?? [FOTO YAZIT RAZALI/BH] ?? Ahmad Zahid menerima kunjungan hormat Duta Vietnam ke Malaysia, Pham Cao Phong di Bangunan Parlimen, semalam.
[FOTO YAZIT RAZALI/BH] Ahmad Zahid menerima kunjungan hormat Duta Vietnam ke Malaysia, Pham Cao Phong di Bangunan Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia