Berita Harian

Panduan interpreta­si trend fesyen 80-an dalam gaya kontempora­ri

-

Pad bahu

Pada era 80-an boleh dikatakan semua blaus, jaket atau gaun disertakan dengan pad bahu. Penggunaan pad bahu memberikan kita siluet bahu persegi dan boxy cukup memberikan impak untuk gaya pakaian pejabat dan pakaian malam. Untuk kelihatan tidak ketinggala­n zaman pada tahun ini, gayakan blaus sutera dengan pad bahu yang dipadankan dengan high-waisted skinny jeans serta kasut tumit tinggi atau platform.

Tops bersaiz besar

Cuba gayakan baju panas yang melepasi bahu kemeja-t bersaiz besar yang dipadankan dengan legging atau sweater rona terang yang dikemaskan dengan variasi tali pinggang bersaiz besar.

Skirt potongan mini

Bagi anda yang berani be r eksperimen­tasi, dapatkan skirt mini dalam fabrik seperti denim, PVC dan kapas padankan ia bersama kemeja-t bersaiz besar yang yang dimasukkan ke dalam skirt. Gaya ini cukup mudah, edgy serta menarik digayakan wanita yang inginkan gaya kontempora­ri.

Anting-anting bersaiz besar

Konsep the bigger the better boleh anda gunakan dalam menggayaka­n trend ini. Dapatkan anting-anting bersaiz besar seperti dengan dekorasi bulu reka bentuk geometrik, gelung atau tassel yang jatuh hingga ke bahu. Selalunya anting-anting ini didatangka­n dalam rona terang, permata atau neutral dan cukup menyerlah apabila dipadankan dengan rekaan pakaian yang ringkas. Dandanan gaya rambut perlu kontempora­ri supaya penampilan keseluruha­n kelihatan cukup chic dan cool.

Rona neon

Rona neon cukup popular di era 80-an. Untuk menjadikan trend warna neon ini kontempora­ri, kita perlu elakkan daripada memakai pelbagai pakaian dalam variasi warna neon serentak pada sesuatu masa. Lebih mudah jika kita hanya gayakan aksesori dalam warna neon untuk menyuntik elemen moden dan segar dalam penampilan. Gayakan pakaian dalam warna biru kelasi, hitam atau monokraoma­tik bersama padanan kasut rona merah jambu terang, atau tali pinggang kuning neon juga pasti dapat membangkit­kan aura yang cukup stylish serta memikat.

Jaket denim

Miliki jaket denim bersaiz besar yang permukaan fabriknya diberi suntikan artistik dengan teknik seni seperti airbrushed, pin atau sulam tampal dengan variasi logo, rekacorak dan motif. Pastikan warna denim tidak terlalu gelap untuk tampil lebih sporty.

Kasut tumit tinggi putih

Semasa tahun 80-an, but dan pumps dalam warna putih cukup popular - peminat fesyen pada masa itu sentiasa mencari kasut tumit tinggi yang paling tirus untuk kelihatan hebat. Sejak musim kebelakang­an ini, rekaan but dan kasut tumit tinggi putih kembali menyerlah di pentas peragaaan antarabang­sa seperti dalam koleksi jenama Isabel Marant dan Celine. Jenama antarabang­sa kini memberi interpreta­si mereka dalam versi lebih kontempora­ri yang digayakan dengan variasi rekaan pakaian pada setiap musim.

Labuci berkilau

Labuci menjadi suatu kemestian dalam dekad 80-an, dan kini jenama seperti Balmain, Rodarte, Saint Laurent mahupun Gucci mengembali­kan semula kemestian itu dalam koleksi rekaan mereka. Pastikan anda memilih hanya satu statement

piece pada sesuatu masa mengikut trend ini, padanan lain perlu ringkas dan minimal bagi mengelakka­n anda kelihatan seperti memakai kostum 80-an.

 ??  ?? Top Shop
Top Shop
 ??  ?? Louis Vuitton
Louis Vuitton

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia