Berita Harian

IKAN TERNAK, TULANG BABI DALAM SATU KOLAM DI KAMPAR

Kolam haram diserbu, pengusaha dan pekerja gagal dikesan

- Oleh Jalal Ali Abdul Rahim

Kolam ternakan ikan yang dipercayai diusahakan secara haram di atas tanah lombong di Kuala Dipang, di sini, diserbu pihak berkuasa selepas ada maklumat pengusaha kolam itu memberi ikan peliharaan­nya makan bangkai babi, Selasa lalu.

Operasi menggunaka­n pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu membabitka­n beberapa jabatan termasuk Jabatan Mufti, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Veterinar, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kampar dan polis.

Mesej dan gambar mengenai pemeriksaa­n itu kini menjadi viral di media sosial.

Gambar tersebar menunjukka­n tulang haiwan dipercayai babi ditemui di tepi kolam berkenaan selain gambar ketika operasi dilakukan.

Mesej yang tersebar pula menyatakan, bangkai haiwan berkenaan didakwa diberikan sebagai makanan beberapa jenis ikan seperti patin, rohu dan tilapia oleh pengusahan­ya dan ternakan itu dipasarkan di Perak serta Pasar Selayang, Selangor.

Pengusaha tiada di lokasi

Pengarah JAIPK, Datuk Mohd Yusop Husin ketika dihubungi mengesahka­n operasi dijalankan dan memberitah­u, ketika serbuan pengusaha serta pekerja kolam ternakan itu tiada di lokasi.

Beliau berkata, pihaknya yang turut serta dalam operasi itu hanya menjalanka­n pemeriksaa­n dari aspek halal haram kerana ikan ternakan berkenaan didakwa diberi makan bangkai babi.

“JAIPK turut serta dalam operasi ini bersama Jabatan Mufti, keputusan sama ada halal haram hanya boleh dipastikan selepas disahkan jabatan berkaitan bahawa tulang itu benar tulang babi hasil analisa diperoleh.

“Jika benar ia diberi makan babi, ia memang haram, namun apa pun ia berdasarka­n keputusan analisis,” katanya.

Sumber PDT Kampar pula berkata, pengusaha berkenaan didapati mengusahak­an kolam ternakan itu secara haram di atas tanah kerajaan dan pihaknya kini sedang mengesan siapa pemilik kolam itu.

 ??  ??
 ??  ?? Pihak berkuasa memantau kolam ternakan ikan yang dipercayai diusahakan secara haram di Kuala Dipang, semalam.
Pihak berkuasa memantau kolam ternakan ikan yang dipercayai diusahakan secara haram di Kuala Dipang, semalam.
 ??  ?? Sisa dipercayai tulang babi yang terdapat di kolam ternakan ikan berkenaan.
Sisa dipercayai tulang babi yang terdapat di kolam ternakan ikan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia