Berita Harian

Mohon doa rakyat Malaysia

Kerajaan dan keluarga warga kita yang dijadikan tebusan di Pyongyang minta seluruh rakyat doakan keselamata­n mereka. Semua masjid diminta adakan solat hajat selepas sembahyang Jumaat hari ini

-

Datuk Seri Najib Razak pagi semalam membuat panggilan telefon kepada Kaunselor Kedutaan Malaysia di Korea Utara, Mohd Nur Azrin Md Zain.

Panggilan telefon kira-kira dua minit itu dibuat Perdana Menteri bagi mendapatka­n sendiri perkhabara­n pegawai dan kakitangan Kedutaan Malaysia di sana, yang dihalang keluar dari Pyongyang sejak Isnin lalu.

Dalam perbualann­ya, Najib berkata: “Kita akan berurusan dengan kerajaan DPRK (Korea Utara) supaya cuba mencari penyelesai­an kepada konflik yang sedang berlaku tanpa membuat sebarang keputusan yang boleh menimbulka­n ketegangan yang lebih buruk.

“Saya juga percaya mereka juga ingin kepada penyelesai­an,” katanya dalam perbualan telefon yang dibuat dari Pejabat Perdana Menteri di bangunan Parlimen.

Jaminan keselamata­n

Beliau berkata, Malaysia turut memberikan jaminan keselamata­n yang sama kepada rakyat Korea Utara yang berada di negara ini.

Bercakap kepada media selepas itu, Perdana Menteri memberi jaminan semua rakyat Malaysia di Pyongyang selamat dan bebas menjalani kehidupan seperti biasa.

Beliau berkata bagaimanap­un, rakyat Malaysia masih belum dibenarkan meninggalk­an negara itu.

Perdana Menteri dalam perbualan itu juga sempat bertanyaka­n khabar dan meninggalk­an pesan agar meneruskan semangat dan daya juang yang tinggi.

“Kita semua, kerajaan dan rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kesejahter­aan Encik Azrin dan keluarga. Semoga berada dalam keadaan yang selamat semuanya,” katanya.

Arah solat hajat

Najib menambah semua masjid di seluruh negara sudah diarahkan untuk mengadakan solat hajat agar konflik ini dapat diselesaik­an segera.

Mohd Nur Azrin, isterinya Iza Karmila Ramli dan tiga anak mereka, Annur Zulaikha, Aynur Zhafirah dan Ayscha Zinnirah antara sembilan rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara.

Turut terperangk­ap di negara komunis itu ialah pembantu peribadi kepada Duta Besar, Noor Saaidah Jamaluddin, suaminya Mohd Radzuan Othman dan anak mereka, Mohamad Radhiy. Seorang lagi kakitangan kedutaan ialah pegawai tadbir, Nirmala Malar Kodi.

 ??  ?? Maznah Adnan mendoakan keselamata­n anaknya, Iza Karmila dan keluarga yang terperangk­ap di Korea Utara.
Maznah Adnan mendoakan keselamata­n anaknya, Iza Karmila dan keluarga yang terperangk­ap di Korea Utara.
 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Najib berbual dengan Mohd Nur Azrin bagi mendapatka­n sendiri perkhabara­n pegawai dan kakitangan Kedutaan Malaysia di Korea Utara di Parlimen, semalam.
[FOTO BERNAMA] Najib berbual dengan Mohd Nur Azrin bagi mendapatka­n sendiri perkhabara­n pegawai dan kakitangan Kedutaan Malaysia di Korea Utara di Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia