Berita Harian

Jong-un buat apa sahaja demi kelangsung­an rejim

-

London: Susulan peranan dalam pembunuhan abangnya, Kim Jong-nam dan siri ujian peluru berpandu, pemimpin Korea Utara itu jelas menguji kesabaran bukan hanya Washington, namun sekutu rapatnya, China.

Ia adalah situasi berisiko tinggi yang mungkin meletakkan rantau ini ke dalam kancah konflik terburuk pernah disaksikan.

Tindakan Kim Jong-un secara logiknya dianggap kejam, bagaimanap­un tiada sesiapa memiliki strategi masuk akal untuk menghentik­annya.

Selasa lalu, Kementeria­n Luar China memberi amaran Washington dan Pyongyang bergerak ke arah konfrontas­i yang tidak perlu dan berbahaya serta menggesa Korea Utara akur kepada kutukan antarabang­sa terhadapny­a.

Bagaimanap­un, sama ada Jong-un mendengar nasihat atau ancaman daripada Amerika Syarikat (AS), China atau sesiapa saja secara praktikaln­ya tidak wujud.

Binasa pihak cuba halang

Apa yang pemimpin Pyongyang itu mahu adalah mudah, menjamin kelangsung­an hidup sendiri dan rejimnya. Ia bermaksud membinasak­an mana-mana pihak dan pemeroleha­n senjata nuklear sudah cukup untuk menghalang mana-mana orang luar daripada cuba menjatuhka­nnya.

Sama pentingnya membangunk­an keupayaan menyerang negara luar dengan mengukuhka­n kuasanya di negara sendiri.

Apabila bapanya, Kim Il-sung meninggal dunia pada Disember 2011, menyerahka­n kepemimpin­an negara itu, ramai pemerhati luar tertanya-tanya jika Jong-un, ketika itu berusia akhir 20-an, dapat mengambil alih kawalan kepemimpin­an daripada golongan tua, anggota elit lebih berkuasa.

Sebuah kumpulan pemikir Korea Selatan menganggar­kan pada Disember, lebih 300 orang dihukum mati sejak Jong-un mengambil alih kepemimpin­an, termasuk 140 pegawai kanan dan bapa saudaranya sendiri.

Kuasa Jong-un dilanjutka­n

Dengan kematian Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (klia2) 13 Februari lalu, kuasa Jong-un sudah dilanjutka­n.

Abang sulungnya itu tidak dilihat sebagai ancaman, namun jika Jong-un ada peranan dalam pembunuhan itu, menunjukka­n sejauh mana kesediaan Korea Utara mengambil risiko.

Jong-nam tinggal selama bertahun di China, disyaki dilindungi perisik negara itu, sebahagian­nya kerana kaitannya dengan bapa saudaranya, Jang Song Thaek, seorang daripada broker kuasa paling penting di Pyongyang sebelum dibunuh Jong-un sejurus mengambil alih kuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia