Berita Harian

Ibu bapa sumbang baki derma selepas Irfan meninggal dunia

Pasangan terima panggilan setiap jam daripada orang ramai mahu bantu keluarga selepas kisah anak sakit hati kronik disiar BH

- Oleh Nur Izzati Mohamad

Sumbangan orang ramai untuk meringan penderitaa­n seorang bayi 11 bulan yang menghidap penyakit hati kronik, dipaparkan BH dua tahun lalu, turut memberi manfaat kepada kanak-kanak lain yang menghidap penyakit sama.

Ini berikutan baki sumbangan itu, didermakan pula oleh ibu bapanya selepas adik Muhammad Irfan Affendi Nor Izuan meninggal dunia pada 14 Oktober 2015.

Bagaimanap­un ibu bapa bayi itu, Nor Izuan Md Noor, 37, dan Habibah Daud, 26, tidak menyatakan jumlah yang berjaya dikutip hasil sumbangan orang ramai dan baki jumlah yang didermakan pula kepada kanak-kanak lain yang menghidap penyakit hati kronik.

Difahamkan, baki sumbangan orang ramai itu turut diserahkan kepada pihak masjid di kawasan sekitar.

Perkembang­an kesihatan Muhammad Irfan dilaporkan setiap hari oleh akhbar ini di bawah logo ‘Bantulah Irfan’ sehingga dia meninggal dunia dan ternyata menyentuh hati ribuan pembaca yang sentiasa mengikuti perkembang­annya.

Nor Izuan berkata, ketika itu keluargany­a memang sangat memerlukan bantuan kewangan bagi menampung kos pembedahan serta individu yang sudi menderma hatinya bagi menyelamat­kan anak sulung mereka.

Perlu jalani pembedahan

Katanya, mereka ketika itu bertarung dengan masa kerana Irfan perlu menjalani pembedahan pemindahan hati segera berikutan keadaannya yang semakin kritikal, sedangkan penderma sesuai belum ditemui sehingga saat akhir.

“Sejak kisah Muhammad Irfan disiarkan hampir setiap hari di BH, saya dan isteri boleh dikatakan menerima panggilan setiap jam daripada orang ramai, termasuk dari Sabah dan Sarawak yang mahu membantu keluarga kami dan memberi nasihat. Bapa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia